Cabut Gigi Tanpa Bius

sebab korang dah selalu dengar yang cabut gigi ni tak sakit kan? meh sini aku cerita benda yang luar biasa.

untuk bulan ni je dua kali dah aku cabut gigi. for those yang pakai braces, cabut gigi ni memang satu kemestian untuk bagi ruang pada gigi gigi tersusun elok masa pakai braces. tak faham en? tak yah faham k korang scroll je.

depends kepada keadaan gigi setiap orang, ada yang kena cabut empat gigi, ada yang kena cabut dua je. dan untuk kes aku, alhamdulillah dua gigi je. hepi dia tu aku tak payah cerita la kan.

first appointment aku cabut gigi untuk braces ni masa 5 Mei haritu. and sadly, 5 Mei yang jatuh pada hari jumaat tu bukanlah hari bahagia untuk aku. macam orang cakap "today is not my day". mari aku senaraikan kenapa hari jumaat yang penuh barokah itu bukan hari aku?

*nak tisu pls*

first.
appointment aku patutnya pukul 5.30 petang. aku datang dengan mak aku lebih kurang pukul 5.44 petang, terlewat sikit sebabnya peak hours maka jalan jem. bila dah daftar nama tu, tunggu punya tunggu turn aku tak sampai sampai lagi.

aku bukan apa, aku fikir mama je yang penat datang dari kerja pastu nak kena tunggu lama sedangkan sekarang dah pukul 6.40 petang? aku rasa kecewa waktu berharga mama dihabiskan menunggu untuk benda ni. akhirnya pukul 7.15 nama aku pun dipanggil. elok aku baring atas kerusi doktor gigi tu, azan maghrib pun berkumandang. oh ya suka untuk aku ingatkan, aku dan mama tunggu dari jam 5.44 petang.

second.
aku ada bawak satu buku untuk aku baca masa tengah tunggu turn. sadly lagi, buku yang aku bawa tu ialah buku yang bosan dan tak ada manfaat untuk aku baca. senang cerita aku menyesal beli buku tu time pesta buku haritu. beberapa kali jugakla aku berhenti baca dan belek belek buku tu sambil mempersoalkan kenapa aku beli buku ni? berulang kali walaupun aku sendiri tak ada jawapan.

aku cuba bersabar dan buat keputusan untuk berhenti baca. beberapa saat lepas tu buka tu dibuka semula dan aku menyambung bacaan lepas memikirkan lagi membazir waktu kalau aku termenung je tak buat pape. bosan pun bosanlah nak sape kau suruh beli.

third.
yang ketiga ni lah yang paling best dan highlight untuk post aku kalini. kesedihan aku bersambung lagi.

harini sepatutnya gigi belah kanan aku yang dicabut. tapi ditakdirkan Tuhan, doktor silap cucuk bius pada gigi belah kiri. aku yang tak ada kepakaran langsung dalam bab bab ni ikut sajalah sebab mana aku tahu pun kalau cara cabut gigi macam tu? jadinya, pada hari jumaat tu gigi kanan aku dicabut tanpa bius.

ye gais betul, gigi aku dicabut tanpa bius.

kalau selama ni orang kata cabut gigi tak sakit pun sebab doktor cucuk bius dulu, agak agak kalau cabut gigi tanpa bius tu rasa macam mana?

setiap detik gigi aku dipulas untuk dicabut, hanya Allah yang tahu betapa lah sakitnya rasa dia waktu tu. masa yang selalunya bergerak pantas tiba tiba rasa perlahan. even proses dia ambil masa kurang satu minit untuk cabut gigi, lama dia aku rasa sampai aku sempat fikir macam macam dalam kepala

ya Allah nasib baikla satu gigi je kena cabut harini

ya Allah aku tak sanggup


ya Allah kenapa sakit gila


dan banyak lagi. korang mesti tanya kan kenapa Allah je yang aku sebut dulu? bukan kah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang? bukankah Allah itu satu satunya tempat paling kukuh untuk bergantung?

WOWerz saje je lama lak tak bagi tazkirah kahkah.

paling akhir sekali aku cuba menenangkan diri aku dengan mengingatkan tentang sakaratul maut nanti yang lebih sakit (ini serius). tapi tetap tak mengurangkan kesakitan pun dan paling penting kenapa tak habis habis lagi gigi aku dicabut ni?

bangun je aku dari kerusi doktor tu, aku pandang mama dan cakap - ma, sakit SANGAT.
air mata aku bergenang.

masa dalam kereta tu mama tanya macam macam jatuh jugak air mata aku sebab sedih sangat LOL. time tu feel dia like everyone please don't talk to me? sebab hati aku tengah koyak sangat teringatkan rasa sakit tadi.

i just need time for myself,
Allah nak ampun dosa ni.

sobs.
cuba untuk pujuk diri.

***

but alhamdulillah, untuk second time cabut gigi lepas seminggu tu, tak rasa sakit pun. and memang sepatutnya cabut gigi tak rasa sakit sebab ada bius. kalini aku tak sedar pun gigi aku dicabut bila sebab tak rasa apa apa.

yang aku rasa cuma debaran dup dap dup dap jantung aku memikirkan adakah hari ini deritaku akan berulang lagi? ternyata tidak. Allah sayang, mama pun dah ampun semua dosa dosa aku (kahkah).

mama ada tanya dieorg pasal gigi aku yang silap dibius minggu lepas, so memang dieorg ingat gigi aku dibius sebelah kanan sebab yang nak dicabut kanan. tapi hakikatnya haritu dieorg bius gigi belah kiri. so betul lah kan silap? takpelah benda dah berlalu. Allah nak ampun dosa *sobs lagi.

gigi yang dicabut doktor akan letak dalam tisu wangi untuk korang bawak balik. time awal awal dapat tu aku tak bukak pun sebab teringat lagi rasa sakit LOL #hatitisu

2 Comments

  1. Haha. (Eh takleh gelak sebab nak merasai jugak kesakitan tu)

    Btw, lawanya blog ❤️

    ReplyDelete
  2. Eh lupa nak komen. Buku apa yg rasa menyesal sangat beli tu erm

    ReplyDelete