Rekomen Buku 6 - Aleppokalips

Kau takkan pernah puas selagi kau tak jumpa kebenaran yang hakiki. Kau takkan berhenti selagi kau tak genggam kebenaran yang asli.

Aku tahu,
kerana aku juga begitu.

- Salman -


*** 


sebagai pembuka selera, meh aku bagitahu kat korang sesuatu sebelum aku bagi review penuh sebagai hidangan utama. 

novel ni, tak sama dengan buku buku atau novel lain yang aku baca. kenapa aku cakap macam tu? sebelum korang bash nak cakap aku cliche, korang sabar jap bagi aku explain.

novel ni sangat adventure bagi aku. few times aku mimpi ngeri dan tak aman nak tidur sebab takut (emoji gelak menyampah) sampai terbawa adegan ngeri masa tidur. over sangat kan so aku end up berhenti kejap baca novel ni.

kemudian, masa pergi dengar talk Inche Gabbana khamis lepas, dia ada bagi spoiler pulak pasal watak novel ni kahwin dengan siapa and i was like dahhhhh la tuuuuu jangan bagi spoiler aku belum habis baca?!

akhirnya aku pun sambung kembali bacaan Aleppokalips dan,
nah ini reviewnya.


***

novel Aleppokalips.
tulisan Inche Gabbana.
cetakan pertama Disember 2017.
terbitan Penerbitan Wahai.
RM30.


kaver depan

kaver belakang

aku ada banyak sebab kenapa aku kena beli dan baca buku ni. pertama, sebab penulisnya; iaitu Inche Gabbana yang aku tsiqah dengan penulisan beliau. kedua, sebab tajuk dan temanya yang bertemakan isu kemanusiaan (khususnya Syria). ketiga, kaver novel ni gempak gila yalls. keempat, sebab teaser novel ini yang berjaya memancing aku sampai tak sabar sabar nak tunggu kelahiran Aleppokalips!

overall, novel ni cerita pasal seorang Hamzah, yang mudanya lebih kurang kita semua. dia ni pemuda besye besye. biasa biasa di sini maksud aku ialah dia bukanlah budak agama ke budak alim, hanyalah average person, yang akhirnya berjaya direkrut oleh seorang ustaz untuk menjadi ahli ISIS.

macam mana Hamzah direkrut? nah korang baca sendiri.

Hamzah ni dia mengimani kata ustaz Abu Ayyash bahawa jihad yang sebenar zaman ini ialah jihad di medan perang. Hamzah anak Dato' Sulaiman, yang mengambil semangat juang atas kesyahidan Hamzah bin Abdul Mutalib (pakcik nabi Muhammad S.A.W) sebagai pembakar semangat, dengan itu dia sanggup meninggalkan kemewahan dan keselesaan hidup untuk mencari kebenaran di luar sana.

highlight novel ni?

lepas beberapa bulan Hamzah jadi member ISIS, akhirnya dia sedar dan baru nampak wajah sebenar ISIS, dan cuba sedaya upaya untuk lari keluar daripada kumpulan tersebut. inilah masanya yang korang akan berdebar debar jantung berdegup kencang mengikuti jalan cerita menarik yang disusun oleh penulis!

one time korang akan stop baca kejap like ahhhh bapak scary? berpeluh peluh dahi macam kau pulak yang dikejar komando ISIS.

inilah yang aku kata kenapa ada satu masa tu aku terpaksa stop kejap baca novel ni. sebab memalam aku mimpi menakutkan, terbawa bawa adegan ngeri dalam novel tersebut. part ISIS sembelih orang lah apalah, part seksa menyeksa. serius menakutkan gila (bagi aku je la kot) dalam masa yang sama timbul keinsafan teringatkan saudara mara kita kat sana yang begini dahsyatlah mereka diseksa setiap hari.

astaghfirullahal'azim.

in case kalau sebelum ni korang macam tak berapa faham tentang siapa daesh dan siapa pula ISIS pastu dieorg ni baik ke tak dan siapa sebenarnya supporters yang menjadi tulang belakang mereka, nah, korang boleh la mula dengan baca novel ni dulu.

novel Aleppokalips ini ibarat analogi tentang realiti sebenar yang terjadi pada hari ini.

walaupun at first aku tak berapa minat dengan permulaan novel ni, which is bab bab awal yang cerita tentang latar belakang Hamzah etc. part part Hamzah dengan Maria ke yang meleret ke aku skip je sampaila ke bahagian cerita yang kena dengan tajuk novel iaitu Aleppokalips.

mula mula aku macam "k bila nak masuk bahagian yang serius ni?" pun begitu aku bersyukur dan aku sangat bahagia, sebabnya novel ini akhirnya mencapai expectation aku! aku dapat apa yang aku harapkan dalam isi novel ni, walaupun apa yang aku ternanti-nantikan tu lambat keluar sampai aku pun dah putus harapan.

tapi itulah, harapan sentiasa ada. cuma kita je kot yang selalu tak sabar?
kofkof


bahagian kaver novel yang menjadi kegemaran aku. kool gila kan?












banyak perkara yang menyedarkan aku dan memberi kesan yang amat dalam hingga membuatkan hati aku luluh dan akhirnya menangis teringatkan diri.

daripada novel ini, aku berharap ia akan jadi 'alarm clock' yang akan bagi aku kesedaran dan semangat untuk terus bekerja dan berjuang dalam medan yang aku sedang hidup sekarang. dan setelah ditampar keinsafan dan hidayah, aku dengan jujurnya benar benar merasa puas dan dapat semula semangat yang aku idamkan.

novel ini terlalu banyak bagi aku inspirasi, terutama daripada kisah kisah sirah yang diselitkan dalam jalan cerita, yang akhirnya juga membuatkan aku tersedar dan menangisi diri sendiri. lagi.

antaranya ialah kisah Hamzah bin Abdul Mutalib. kisah Hamzah pakcik nabi s.a.w ni aku dah belajar sejak sekolah lagi. cumanya masa aku baca novel Aleppokalips ni, baru Allah kurniakan penghayatan sebenar dalam kisah Hamzah tersebut. sebak weh tak tipu. melalui cerita ini, baru aku dapat merasai dan sedar betapa hebat dan agungnya gelaran Singa Allah dan Penghulu Para Syuhada' yang Allah kurniakan kepada Hamzah bin Abdul Mutalib!

gais, bukankah ini sangat hebat dan memberi inspirasi?!
T-T

kedua pula kisah tentang Salman Al-Farisi, yang meninggalkan kemewahan dan keselesaan hidup untuk keluar mencari sebenar-benar tauhid! sama seperti situasi Hamzah, watak dalam novel ini. kisah Salman Al-Farisi ini diceritakan oleh sahabat baik Hamzah sewaktu mereka menjadi ahli ISIS. namanya juga Salman.

ada satu bahagian dalam novel bilamana Hamzah bertanya kenapa Salman memilih untuk berkawan dengan dia. korang tahu Salman jawab apa?

"sebab aku nampak Salman (Al-Farisi) dalam diri kau, Hamzah."

:')

di akhir cerita ini, kalian akan dapat menyaksikan, Hamzah yang dulunya seorang anak muda biasa, kini telah pun mencapai haqqul yaqin (keyakinan yang sebenar-benarnya) setelah menjumpai kebenaran Islam yang dicari. Hamzah yang baru ini akhirnya merasai kelazatan atas nikmat kebenaran itu, sehinggakan diugut dan diseksa dengan seksaan paling dahsyat sekalipon dia mampu berasa tenang kerana yakin dengan janji Allah!

{ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ }

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.”

At - Tholaq: 2-3


aku akhiri review novel Aleppokalips kali ini dengan rating 4/5 dan tasbih kafarah wa surah al-as'r. 

highly recommended,
jemput baca semuanya!

0 Comments