Rekomen Buku 10 - Lautan Langit

"Tuhan selalu saja menguji kita tidak hanya dengan kesedihan tapi juga kebahagiaan. Kita akan terus belajar dari apa yang sedang terjadi. 


Dengan demikian, kita akan terus tumbuh menjadi orang yang semakin lengkap pamahaman hidupnya agar kita bisa menjadi orang yang lebih bijak setiap kali mengalami masalah yang serupa nantinya."

*** 

sebenarnya nak berhenti sekejap review buku sebab nak bagi laluan pada satu buku ini yang perlu untuk aku review, tapi melihatkan beberapa individu yang tertarik dengan buku ini yang aku selalu post di instastory, makanya aku jadi rasa terpanggil untuk berkongsi tentang buku Lautan Langit.

(selalu tersasul tajuk buku ni dengan nama Langit Ilahi zzz)

macam mana dah sepatutnya intro rekomen buku aku ni kahkah (dah lama tinggal punya pasal!). ok dah ingat kita sepatutnya memulakan dengan cerita terlebih dahulu.

ada lah satu hari sewaktu masih tertekan dengan final exam, tengah scroll fesbuk tiba tiba terjumpa iklan daripada page Jejak Tarbiah yang sedang buat promo jualan buku akhir tahun. aku ni jenis yang kalau ada promo, tidak dapat tidak aku mesti menjadi antara yang paling semangat untuk menyahut seruan jualan murah tersebut.

walaupun aku tahu, ini sebenarnya satu penyakit yang tidak sihat.
(but ehem who cares....)

jadi cerita dia, aku pun belek la satu satu stok buku yang ada, dan ternampak buku buku Kurniawan Gunadi - buku daripada penulis yang aku memang dah lama perati orang lain berkongsi tentang penulisannya dan membuatkan aku bercita cita untuk memiliki sekurang-kurangnya satu daripada penulisan beliau.

walaupun sebenarnya aku sendiri tak ingat di mana aku pernah ternampak nama dan penulisan beliau, tapi dalam memori aku memang dah tahu dah penulisan dia macam best. penulisan Indonesia kan bila je tak best?

aku terbazir beberapa hari jugaklah untuk belek katalog, konfius teruk buku mana nak beli sebab macam semua kena beli? susah sangat nak buat pilihan bila semua benda kita rasa perlu ada, sama susah dia bila nak pilih kaler tudung bellezasofia.

stress beb, stress.

akhirnya berpandukan review review yang sedia ada di internet, aku pun berjaya lah juga pilih dan beli dua buku, dan antara keduanya ialah buku ini.

(tak sabar sesangat nak habis exam masa tu sebab nak baca buku lain pulak oemjih)

***

"Lautan Langit"
cetakan pertama 2015, cetakan keempat 2018.
terbitan CV IDS.
RM35 (aku beli dengan harga RM28, selepas diskaun).




penasaran tak nak tahu apa sebenarnya maksud "Lautan Langit"?

tapi kejap sebelum tu aku ada lagi satu benda nak cerita.

sebenarnya aku bercadang nak beli buku Lautan Langit ni dengan buku tulisan Habiburrahman El Shirazy. tapi disebabkan aku tahu novel Kang Abik ni selalunya bertemakan cinta islamis (dalam masa yang sama - novel pembangunan jiwa), so aku cuba hold dulu sekejap daripada kumpul koleksi novel Kang Abik.

aku pun dengan sabarnya lah pilih pula buku lain yang fokusnya juga adalah untuk pembangunan jiwa. senang cerita tak nak lagi lah beli buku yang ada tema cinta ni walaupun bagus je sebenarnya sebab mengingatkan banyak perkara dan kita belajar?

tapi tulahtu, nanti nantilah.

hampir juga terbeli buku Kurniawan Gunadi yang bertajuk "Menentukan Arah", tapi nasib baik baca review dulu sebab buku tu pun tentang cinta juga haha, yang ditulis bersama zaujahnya.

so sekarang ni kira selamatlah pilih Lautan Langit dan satu lagi buku. kononnya lah ya sohabat sohabat sekali lepas beberapa mukasurat baca Lautan Langit ni, nanges aku kahkahkah (gelak besar sikit sebab tertipu dengan diri sendiri).

dia jadi macam nak lari daripada lubang biawak untuk selamatkan diri sekali termasuk lubang biawak jugak akhirnya. tapi takpelah, dah beli dah pun jadi teruskan baca je.

demi pengetahuan dan keterbukaan minda,
kita jalan terus.

----

so basically, Lautan Langit ni ada beberapa bahagian; sepertiga malam, pagi, siang dan sore. aku tak berapa pasti lah maksud semua bahagian ni macam mana, tapi asumsi aku adalah ia menunjukkan waktu bila sesuatu penulisan itu ditulis. kalau ditulis pada waktu pagi, dia akan masuk bahagian pagi. kalau ditulis pada waktu petang, masuk bahagian sore. dan begitu juga untuk waktu waktu yang lain.

dan seperti yang tertera dekat kaver depan buku ni, Lautan Langit ni mengandungi kumpulan cerita. setiap tajuk membawa cerita yang berbeza dan tidak berkait. walaupun aku dah nampak dekat kaver buku tulis macam tu, masa mula mula baca aku masih lagi konfius - cerita dia sebenarnya bersambung ke tak ni?

hampir give up jugalah sebab pelik kenapa watak asyik bertukar, lepastu kejap penulis bahasakan diri sebagai lelaki, kejap sebagai perempuan. rupanya ohhh setiap cerita tak berkait kee, begitulah.

konten buku ni pula, 60% aku boleh kata ia berkisarkan tentang cinta. atau sebenarnya bukan orang panggil cinta eh untuk isu isu macam ni?

tiber dah apa benda aku cakap ni kahkah.

sebenarnya apa yang ditulis oleh seorang penulis, banyak dipengaruhi dengan apa yang dia sedang alami. so aku kira masa Kurniawan Gunadi menulis Lautan Langit ni, beliau di dalam fasa orang yang dah nak menikah. jadinya penulisan penulisan dia banyak ke arah itu.

bagaimana seharusnya menjaga diri kalau belum siap
bagaimana menjadi laki laki baik
bagaimana seharusnya perempuan baik
bagaimana kalau sudah siap untuk taaruf
bagaimana untuk pilih yang terbaik

dan lain lain. takdelah kritikal sangat pun kan kalau kita yang nak baca, baguslah untuk dapat pengetahuan tentang semua ni. kalau pun kita belum siap untuk ke arah itu, ia menjadi peringatan buat kita menjaga diri dan mempersiapkan diri, yang menjadi keutamaan buat masa sekarang.

so lagi 40% tu bercerita tentang apa pula?

selebihnya pula ialah tentang kehidupan. dan penting untuk diingatkan, tak semua penulisan dalam ni ialah cerita. yang lain ialah penulisan biasa yang bukan berbentuk cerita - seperti penulisan yang membawa pengetahuan, peringatan, kesedaran dan muhasabah.

dan iya, penulisan penulisan beliau memang membuka minda, kadang sangat tepat dengan waktu dan situasi. mengingatkan kita untuk bersyukur dengan kehidupan, dengan sedih dan gembira. mengajak kita untuk mencintai diri sendiri, membantu dan menghargai orang lain.

dan sangat banyak lagi yang tidak tersenarai.
baca sendiri dan nikmati sendiri ok?

best dan menariklah kalau nak disimpulkan, rekomended sebagai bacaan santai dan ringan. tentang bahasa, jangan risau. tiada language barrier. senang je nak faham bahasa indonesia mereka dengan bahasa melayu kita. mesejnya mudah sampai saja inshaAllah (nak kena google beberapa perkataan tu benda biasa).

ok lupa nak mention. benda yang paling paling aku suka tentang buku ini ialah sudah semestinya kaver buku yang sangat cantik! pastu pulak tu dapat penanda buku (pssst buku yang baik ialah buku yang menyediakan penanda buku siap siap takdelah kau nak gelabah capai benda lain jadi penanda mukasurat!).

dan ofkos sebab kaver dia cantik makanya penanda buku dia pun cantik!


cerita dia kaver buku buku Kurniawan Gunadi ni semua lawa lawa sebab tu rasa macam kena ada semua tsk tsk.

jadi siapa yang bertanya kat mana nak beli buku ni, korang boleh lah melawat ke page Jejak Tarbiah. rasanya semua social media utama mereka ada kot, senang je nak hubungi. dan boleh lah dapatkan buku ni sekiranya stok masih ada inshaAllah.

ok k kejap ini serius last.

perasan tak sebenarnya ada lagi satu benda tertinggal kahkah. so korang dah habis fikir belum maksud Lautan Langit tu apa?

aku sendiri pun tercari cari tau maksud tajuk buku ni sebenarnya sepanjang pembacaan tu. selalunya kalau tajuk buku yang maksud dia tak direct dan kita butuh penjelasan, penulis mesti lah ceritakan maksudnya dalam penulisan pertama ataupun penulisan terakhir.

nak bagi feeling sikit selalunya dekat akhir akhir tu baru penulis bagitahu sebenarnya Lautan Langit ni apa. selalunyalah. pastu nanti kita sebagai pembaca macam eksaited bila pembacaan kita berakhir dengan benda paling suspen yang kita dah lama tertanya tanya. like - omg ni ke maksudnya!

tetapi ia tidak pun berlaku untuk buku ini ya teman teman.

tengah tengah mukasurat tu tiba tiba je ada satu perenggan yang menyebut tentang Lautan Langit. aku belum bersedia kot untuk tahu maksud dia apa tiba tiba dah terbaca dulu?

so untuk review kalini, aku akhiri lah dengan satu perenggan yang mana melalui perenggan itulah aku tahu makna di sebalik Lautan Langit ni. dan daripada itulah baru aku boleh kaitkan konten buku dengan tajuk - "oh patutlah, baru faham kenapa kontennya begini."

itu sahaja untuk kali ini.
terima kasih atas kesudian untuk membaca.


***

"Kamu diam saja memandang ke depan, memandang garis batas antara lautan dan langit yang membentang. Terlihat sama-sama biru tapi keduanya benar-benar berbeda.

Aku ikut memandangnya.

Lautan dan langit, apakah seperti itu kita hari ini?"

2 Comments