Dr D's First Diary

"assalamualaikum, cik. cik ni doktor ya?"

dangg.

cuti 3 bulan yang penuh makna, 
aku bermula dan berakhir untuk ini.

***


Disclaimer: aku bukan doktor medik mahupun pelajar medik.
doktor PhD nanti mungkin....?

doakan yang baik baik!

---

so yeah dengan penuh cliche memulakan post dengan pendahuluan begini, memang aku nak kata post kalini ini lain sikit lah, special daripada post post yang lain.

coz basically this is just new for all of us
and ofkos harder for our beloved one and only, Yang.

sebelum aku cerita lebih lanjut, eloklah kalau aku perkenalkan dulu siapa sebenarnya Yang ini.

Yang ialah nenek aku belah mak. dia memang tinggal dengan kami sekeluarga sejak dulu lagi, countless years kata orang. cuma kadang kadang, 3 minggu sekali tu Yang pergi lah juga rumah ummi, makcik aku, dalam 3 ke 4 hari.

basically rumah tetap tu di rumah kitaorg lah. disebabkan itu, Yang ni memang part of our family, kalau dia tak ada tu memang keluarga tak lengkap lah orang kata kan. kalau pegi jalan jalan, orang selalu kata Yang tu mak kitaorang dan mama tu kakak sulung Lol.

until this year, we just do all things together. aku dengan Yang dapat gelaran "kawan baik" dalam rumah ni sebab kitaorg selalu gaduh. gaduh gaduh sayang lah tapi sebab yelah aku kan nakal. nak nak pulak tinggal dengan nenek korang boleh faham lah kot statement ni - mak bapak tak boleh marah anak, tapi nenek boleh marah cucu.

to make it short, beberapa hari sebelum ramadhan haritu Yang buat pembedahan katarak mata sebelah kanan, since then Yang stay rumah ummi sementara nak sembuh. and for so many reasons lain juga lah dia better duduk sana instead of rumah kitaorg.

Okay so this was where all started.

Story begins

masa tu raya ke berapa tah aku pun tak ingat. disebabkan Yang masih dalam fasa pemulihan mata lagi dan kitaorg pun ada nenek belah ayah yang perlu dijaga di rumah, kitaorg memang tak pergi sangatlah open house raya kat mana mana.

kecuali satu open house relative kat Klang.

masa ni Yang ikut family kitaorg. dalam kereta nak ke sana tu, tiba tiba aku perasan mata Yang dua dua warna kuning. memang pelik la since that's abnormal. aku pun kecoh kan satu kereta bagitahu pasal mata Yang kuning.

kitaorg semua ingatkan kuning mata tu rentetan daripada pembedahan katarak mata haritu, so aku pun cakaplah kat Yang, nanti balik kita pergi klinik atau hospital terus je lah. takut mata Yang kena apa apa pulak.

tapi Yang macam biasa la, dia paling tak suka bab bab kena jumpa doktor ni. jangan kata klinik, hospital apatah lagi. jadinya kitaorg pun akur sebab Yang sendiri tak nak.

masing masing fikir nanti kuning mata tu hilang sendiri.

Sabtu, 3 Julai - Day 1

lepas open house tu Yang balik rumah ummi balik and few days after that on this date, ummi bawa Yang pergi KPJ Kajang sebab rupanya bukan mata Yang je kuning, tapi seluruh badan. lepas dapat result urine test, darah dan x-ray apa semua, doktor kata Yang kena refer terus ke HUKM (since kes berisiko macam ni diaorang tak ambil dan HUKM ada pakar).

that time baru tahu Yang dah lama kuning tapi baru perasan.



so malam tu jugak pergi HUKM. around 9pm macam tu kitaorang pun tiba di bahagian emergensi. masa sampai tu salam Yang sambil keluar air mata jugalah, sebab memang nampak seluruh badan Yang kuning. kalau kau compare kulit kau yang normal ni dengan Yang, memang nampak jelas lah beza dia coklat dengan kuning tu.

sedih!

kitaorang harap je kuning Yang tak teruk sangat dan tak perlu warded walaupun aku dan mama dah packing barang sebagai persediaan kalau kena teman Yang tidur sana malam tu. tapi disebabkan peratusan kuning yang sangat tinggi dan luar biasa, kena la stay wad juga.

ok since ni macam diari saje je la nak cerita (baca: bebel) masa tunggu untuk doktor panggil masuk tu. bahagian yang kitaorang pergi ni dekat bahagian kecemasan bukan kritikal. lama gila tunggu nak jumpa doktor. around an hour lebih lepas tu baru dia panggil masuk.

pastu lepas check check apa semua, nak naik wad pulak, pun lama jugak tunggu. lama dia memang serius lama. dalam hati aku macam, oh mungkin hospital kerajaan memang macam ni (?).


aku banyak tunggu kat luar je sebab dah ramai yang masuk teman Yang kat dalam (sampai ada sorang doktor on call kata "eh ramainya dalam ni, takut saya tengok!" kahkah well doc, this is just a beginning.)

aku duduk kat luar ni, memang aku menyaksikan pengorbanan ramai orang tunggu turn nak dipanggil masuk jumpa doktor sampai tersengguk sengguk semuanya.

ada orang tua, ibu bapa yang gendong bayi sedang sakit. aku macam kesian betul dengan sorang brother depan aku ni yang gendong baby dia sambil tersengguk. aku nampak je dia dah tunggu lama.

aku tahan je tau nak offer diri untuk tolong pegangkan baby dia tu tapi logically takkan dia nak bagi, tah sape sape pulak pegang anak dia.

so aku doa je la dalam hati biar besar nanti semoga bayi tu berbakti semula pada ibu bapa dia. ibu bapa macam ni lah kan geng. we just can never imagine and count how much our parents have did for us.

okay.

pastu nak naik wad pulak, kena tunggu jugak lagi sekali. tapi kali ni better lah sebab Yang dah baring atas katil dalam bilik doktor dulu sementara tu. dan lepas pukul 1 pagi, baru dia panggil naik atas.

nampak tak proses dia dari pukul 9 malam sampai pukul 1 pagi.

ok since dah lebih pukul 1 pagi, kita kena masuk tarikh baru lah kan walaupun kisah malam ni belum habis lagi!

Rabu, 4 Julai - Day 2

masa kitaorg naik tu, wad dah gelap sebab pesakit dan penjaga semua dah tidur. kiteorg ni kira patient last la naik untuk hari tu.

first impression masuk wad general atau wad biasa tu, memang luar biasa sikit lah tak payah cakap kan. aku risau Yang je sebab dia admit situ as a patient, dan aku yakin dia memang tak suka pun ada dekat situ - the fact that she's a patient now, dia sedih.

so ada la meeting ringkas sekejap antara mama dengan makcik makcik aku untuk pindahkan Yang ke wad privasi sikit, at least dia tak rasa macam kat hospital sangat and feel at home. lepas diskus dengan doktor on call kat situ, around 3 pagi baru settle semua benda dan boleh tidur!

(this was when we just knew that HUKM got a private wing which is HUKMSC, a specialist centre. menarik kan?)

jadi malam tu dalam sejarah kami bertiga tidur dalam wad. Yang atas katil, aku dan mama atas lantai. sebenarnya cerita dia sorang je yang boleh teman patient tidur kat situ. mama teman Yang, aku tidur kat sofa depan. tapi disebabkan mama takut, jadi kitaorg pun sorok sorok lah tidur berdua atas lantai.

3:09AM - cak! pemandangan dari atas lantai.
mengantuk memang mengantuk. tapi tak dapat atasi lagi perasaan teruja aku ada dalam hospital tu. kau tahu sebenarnya malam tu aku eksaited gila. teruja dengan semua benda dari sejak masuk bahagian emergensi kat bawah lagi.

ini semua novel Breath tulisan Dr Beni (baca: Dr Bae..) punya pasal, sebab masa ni aku baru je habis baca novel tu. dalam banyak banyak drama pasal doktor yang aku tengok, aku tak pernah pun se-eksaited ni untuk jadi doktor dan melihat doktor bekerja.

tapi lepas baca novel tu, aku jadi suka semuanya tentang doktor dan hospital, more to kagum la to be specific. aku macam ada pandangan dan persepsi baru la terhadap kehidupan doktor ni, bukan biasa biasa dah.

the fact that diaorang sebenarnya korbankan hampir keseluruhan masa dan tenaga untuk patient, berlari sana sini dari katil ke katil untuk selamatkan nyawa, penat macam nak pengsan pun tetap juga akan ada baki tenaga untuk menjalankan tugas.

cakap macam tahu sangat je kan aku ni kahkah anyhow for me, they are heroes. so much respect to the doctors!

ha tak pasal pasal jadi review buku pulak ni.
okay sambung balik.

dalam wad biasa ni yang memisahkan antara pesakit dengan pesakit lain hanyalah langsir. so basically kalau kau tidur atas lantai, boleh nampak la kawasan orang sebelah, dan memang nampak pun orang sebelah yang tidur atas lantai. 

nak nak lagi kes aku. tidur dua orang berhimpit, basically aku tidur memang dah masuk bawah langsir pesakit sebelah, struggle gila jadi kaku supaya tak masuk kawasan orang.

paling bersyukur, melihatkan keadaan ni - nurse atau doktor tak marah pun kitaorg tidur berdua, aku harap diaorang faham jelah kitaorang ni hahahaha.

since Yang patient yang baru masuk, pagi pagi buta memang banyak kali lah nurse dan doktor keluar masuk untuk check Yang. pukul 5 ke 5.30 pagi ke or even before that. walaupun dia kata malam malam lelaki tak boleh masuk wad ni, doktor akan datang pukul 6.30 pagi nanti atau pukul 7.

kau just - jangan percaya.

kelam kabut juga lah tengah tengah tidur tiba tiba dengar suara pastu nampak doktor dan nurse, terus aku kejut mama untuk tengokkan Yang dan apa yang patut. aku pulak as expected tarik selimut tutup muka dan sambung tidur kahkah.

mengantuk yang tidak terbendung sebab tidur pukul 4 pagi lebih sebab lama sangat fikir caption nak update story whatsapp pun pftt.

esok paginya, pukul 6.30 pagi wad tu dah meriah. bising bising orang masuk kerja. pukul 7 macam tu baru aku bangun betul betul (jangan tanya pasal solat subuh kau faham faham sendiri je).

so jadual untuk hari ini, Yang kena buat ct scan dan x-ray sebab secara ringkasnya, ada benda yang block saluran antara pankreas dan hempedu. and the blockage yang menyebabkan kuning tu. so scan ni nak tengok la apa yang telah block saluran tersebut, sama ada batu atau daging.

basically doktor harap benda yang block tu ialah batu, sebab senang sikit nak bawak batu tu keluar apa semua. tapi kalau daging, it's another matter. so we're just hoping bukan daging lah.

disebabkan nak buat scan so puasa lah dari pukul 3.30 pagi, kata nurse. rupanya boleh pulak nak start puasa pukul 5 pagi sebenarnya.

pagi tu Yang dah kena tukar baju hospital, warna purple. mula mula Yang macam taknak pakai baju hospital ni, nak pakai baju sendiri je sebab tak suka nampak macam pesakit. lepas dah pujuk pujuk dan bagi kata semangat sikit, baru okay.

(lepas dah berhari hari jaga Yang kat hospital, baru kitaorang nampak yang Yang sebenarnya manja. sekarang baru tahu mana asalnya datang perangai ni dekat anak-anak sampai cucu-cucu kofff.)

pagian di wad general ni memang ni menarik tak sabar pulak aku nak cerita. basically apa yang aku baca dalam novel Breath ni memang berlaku depan mata so kau rasa patut tak patut aku eksaited fuhh!

Morning rounds

aku pun baru tahu sebenarnya kalau kat wad biasa ni, pagi pagi akan ada sekumpulan doktor yang datang round dari katil ke katil. and basically dalam kumpulan doktor tu, ada doktor consultant, doktor seniors dan juniors. team doktor ini menurut google, dipanggil as "firm".


aku punya la tak sabar nak tunggu turn katil nenek aku pulak untuk diaorg lawat. berganti ganti dah kumpulan doktor ni bila nya nak check Yang pulak? sampai la at the end katil Yang paling terakhir yang didatangi kumpulan doktor ni.

aku duduk atas lantai masa tu sebelah kiri Yang, mama duduk atas kerusi (since kerusi ada satu je). doktor doktor tu pun keliling lah katil Yang. ada sorang doktor ni, dari awal dia ambil file Yang dulu untuk baca baca apa yang patut. bila kumpulan doktor semua dah keliling, dia explain pasal sakit Yang dekat sorang doktor consultant yang aku kira leader team doctors tu lah.

macam awkward tau sebenarnya tapi itulah memang aku perhati habis semua aktiviti diaorang sebab teruja - jakun at all cost.

doktor senior ni aku tak tahula pangkat dia apa, MO ke specialist ke. to be sure of, doktor consultant (sori bukan budak medik so macam ni lah nak describe pun). tapi dia macam kena test doktor yang explain tu dan dia tanya soalan soalan.

aku dalam hati like "doc, jawab leklok doc." serius aku pulak yang berdebar untuk dia, kalau silap jawab kan malu ramai orang duk perati ni!

ada sorang doktor perempuan tu tergelak tengok aku sebab dia perasan aku tekun menyaksikan semua yang berlaku depan mata aku pagi tu. sori la yall keterujaan ini tak dapat disorok lagi, all of these are just interesting do, they are just kool.

sebelum diaorg berangkat pergi, beberapa doktor lain check keadaan Yang dulu. pastu doktor konsultan explain la dekat kitaorang apa yang patut pastu dia cakap kes ni, dia bagi dekat kawan dia yang pakar, iaitu doktor Azlan. time tu jugak dia call doktor tu and by tengahari that doktor akan datang jumpa.

so berakhirlah perkara menarik aku pagi tu.

basically masa nak tunggu Yang dibawa pegi scan ni dan tukar wad, kitaorang tak buat apa apa sangat lah (yelah nak buat apa je kan?). so kerja aku keluar masuk wad tu je sebab nak charge fon apa semua, dekat luar. plus kat dalam ada satu kerusi je disediakan untuk setiap patient, so aku bagi mama duduk situ, aku duduk luar.

to sum up kitaorang semua mengantuk la basically so rehat je sepanjang tu. ada something happened between these times tapi cerita tu aku simpan untuk bahagian lain kat bawah ni sabar tau.

First meeting with the Doctor

tengahari tu aku nak keluar kejap pergi charge telefon, masa aku selak langsir nak keluar tiba tiba ada lelaki yang baru je nak masuk tapi terbantut sebab bertembung dengan aku. tangan dia memang dah ready nak bukak langsir tapi aku lebih pantas!

aku rasa dia macam staff perubatan juga ni so aku tanya, "oh nak masuk ye" pastu dia cam ha'ah tapi aku suruh tunggu sekejap sebab mama nak pakai tudung dulu LOL dia pun macam ok ok takpe take your time.

lepas mama dah pakai tudung apa semua aku pun suruh doktor tu masuk pastu aku terus lari keluar balik coz i legit left my phone dengan buku kat luar wad tu (kalau korang betul kenal aku, korang memang tahu aku ni jenis yang suka tinggal je fon dekat mana mana. kononnya kepercayaan aku kuat yang tak ada orang akan curi, pastu selalu kena bebel dengan orang sekeliling!).

lepas tu baru aku tahu, itulah dia doktor Azlan (doktor pakar surgeri) yang akan handle kes Yang ni.

diaorang cakap ct scan tu akan buat pagi or tengahari, tapi dah pukul berapa pun tak panggil panggil lagi. dengan patutnya masa tu dah pindah wad baru pun lama jugak tunggu. kitaorang risau bukan sebab apa, tapi sebab Yang dah puasa sejak 3.30 pagi.

dan akhirnya lepas pukul 2 petang baru dia panggil buat scan. itu pun tak jadi sebab baru ingat nak kena cucuk ubat steroid dulu, dan ubat tu takes time untuk function. akhirnya lepas asar pulak baru pergi scan.

kitaorang pindah dari wad biasa ke wad privasi masa nurse bawa Yang pergi scan pukul 2 petang tu. kiranya kenangan dengan wad 5C berakhir di situ sajalah, sekarang wad baldu pulak dekat tingkat 7, tempat HUKM Specialist Centre.

Khamis, 5 Julai - Day 3

result ct scan semalam doktor akan explain pagi ni dekat family. aku kat rumah masa tu. apa yang aku tahu, bangun je daripada tidur dan tengok henfon, nampak noti whatsapp.

kakak mesej dengan emoji menangis banyak banyak, kata result scan menunjukkan Yang rupanya kena kanser stage --

aku masa tu terkejut tapi tengah mamai lagi, otak belum function sepenuhnya. so macam terkejut macam tu jelah.

seriusly masa tu aku belum ada perasaan apa apa lagi. sampai la aku bangun, turun bawah untuk breakfast, bila aku duduk depan meja makan baru aku terfikir balik. baru aku boleh hadam apa yang tengah terjadi sebenarnya - yang Yang actually kena kanser.

bermula dari detik aku dah sedar sepenuhnya tu, terus aku menangis.

masa makan, menangis. basuh pinggan, menangis. kemas dapur, menangis. memang sepanjang tu kepala aku fikir Yang je. terbayang semua benda yang Yang dah buat dalam hidup kitaorang semua. pengorbanan dari kecik ke besar, semuanya jadi sedih tiba tiba.

sebab bagi aku, Yang ni baik sangat kot. insan paling baik dalam hidup kitaorang semua, pastu sekelip mata semua jadi macam ni. takleh brain sangat la masa tu, sebab tak pernah terfikir suatu hari nanti akan jadi macam ni.

aku berani kata, hari tu ialah hari yang paling sedih dalam hidup aku. aku tak pernah rasa sedih macam tu.

aku macam cuba la untuk sorok yang aku menangis depan kakak dan abang aku, tapi tak tersorok sangat pun sebab mata aku merah dan bengkak gila. but one thing yang meredakan keadaan aku ialah bila aku tengok kakak dengan abang aku sendiri.

diaorang ofkos totally sedih jugak macam aku dan aku yakin diaorang pun menangis. tapi diaorang serius nampak sangat positif dan tak emo, membuatkan aku terfikir pulak kenapa aku menangis sangat ni. vibes positif tu berjangkit dengan aku dan aku slow slow untuk cuba bertenang dan fikir dengan waras.

baru aku stop menangis dan siap siap untuk pergi hospital.


pada hari yang sama dapat tahu pasal kanser tu, doktor tebuk tepi badan Yang untuk keluarkan cecair kuning tu melalui tiub. around two weeks la kena pakai tiub tu untuk hilangkan kuning Yang. masa aku sampai hospital tu, Yang baru lepas tebuk. Yang cakap memang sakit sangat sangat lah tebuk tepi tu.

Yang cerita doktor yang tebuk tu sampai menangis sebab kesian bila Yang merayu suruh berhenti buat semua, sakit tak tertahan katanya. tapi itulah, kena teruskan jugak.

masa aku masuk wad tu Yang tengah tidur rentetan daripada ubat bius masa tebuk tadi. few minutes lepas tu mama dan makcik makcik aku pun masuk bilik lepas diskus dengan doktor. bila dah jumpa ramai ramai tu kitaorang pakat pat each other's back, since semua masih sedih dengan berita kanser tadi.

yang tahu cuma family kitaorang je. Yang sendiri kitaorang tak kasi doktor bagitahu.

paling sedih sebenarnya bila aku tengok mama hari ni. sebab hari ni harijadi mama. tapi itulah, Allah pilih tarikh ni juga untuk kitaorang tahu semua benda pasal sakit Yang. satu tarikh dan hari yang mama sangat nanti-natikan dari minggu lepas, kegembiraan tu terbang macam tu je (Allah knows best).

kitaorang memang plan nak buat macam macam untuk birthday mama sebelum hari ni tiba, tapi waktu tak mengizinkan. dan mama pun cakap dia tak fikir apa dah, fikir Yang je. birthday semua tolak tepi.

bila mama cakap macam tu, kitaorang pun ok ikut je la mama.

Sabtu, 7 Julai - Day 5

hari berlalu seperti biasa. sakit tebuk dua hari lepas okay sikit dah. Yang masih boleh berjalan, pergi toilet macam biasa. tapi terbatas sikit la sebab ada tiub tepi badan tu, nak kena jaga takut tertarik ke apa sebab dia bersambung dari dalam badan kan.

dan kuning Yang pun takes time jugak untuk hilang. masa ni masih kuning lagi. she's okay tapi penat sikit.

malam tu abah ajak beli kek untuk birthday mama dan abang since harini hari jadi abang sebenarnya. awal awal kitaorang macam refuse sebab keadaan tak sesuai lagi kot untuk beli kek? semua tak ada rasa nak celebrate pun.

tapi abah cakap takpe, beli je. so aku, abah dengan kakak pun beli lah kek dekat Secret Recipe dan buat sambutan kecil kecilan dekat hospital dengan Yang.

ni firstime tau kitaorang beli kek berry berry ni aku pun tak ingat dah nama dia apa. at the end kek ni tak habis pun sebab manis sangat like sangat sangat manis............


aku sorang je ke yang macam terhibur sebab gambar ni panjang sangat.

Khamis, 12 Julai - Day 10

lepas 10 hari dan 9 malam berkampung di HUKMSC, akhirnya Yang dah boleh balik!

pagi tu before balik macam biasa lah doktor Azlan datang macam selalu. a routine. doktor biasanya datang around 9-10 pagi macam tu. and round pagi kat private wad ni tak sama la dengan general wad.

kalau wad biasa ada firm, a team of doctors. tapi kalini doktor in charge jelah yang datang setiap pagi. kalau perlu, petang pun dia datang. jadi untuk Yang, DIC (doktor in charge kahkah sukati aku) ialah doktor Azlan, doktor surgeri.

sebelum lepaskan Yang balik ke rumah, dia cakaplah nanti after a week ke atau lebih, Yang kena datang balik untuk buat operation. tapi lepas lepas Yang dah rehat dan dah ok apa semua lah. operate just untuk buang daging sikit yang block saluran tu.

basically he was trying his best to explain kat Yang yang everything will be alright and nothing big about her desease sebenarnya, since Yang tak tahu pun dia kanser. he needs to pick the best word to calm the patient dan sebagai doktor yang dah berpengalaman, he did great dalam pemilihan kata untuk eksplen dekat Yang.

kitaorang serah dekat doktor je, hanya menyaksikan di sisi katil dan bagi kata kata semangat setiap kali Yang nampak macam risau.

cuma Yang terkejut lah at first, dia baru tahu bukan batu yang block saluran hempedu dan pankreas tu tapi rupanya daging. so Yang repeatedly ask "oh, daging ke doktor, bukan batu?" banyak kali. coz she knows kalau daging yang block, macam bahaya sikit.

nampakla masa tu air mata Yang keluar sikit tapi dia cuba kesat dan tahan daripada biar air mata berjujuran depan doktor. aku sebak betul tengok dari hujung katil tu.

then lepas zohor after settle semua bil, baru lah balik rumah. dan dekat rumah ni pun, kitaorang ada shift everyday siapa yang tidur dengan Yang sebab dia tak boleh lagi tidur sorang. kena sentiasa ada orang jaga 24/7.

so bergilir gilir lah kitaorang jaga siang dan malam.

Jumaat, 20 Julai

seminggu lepas balik rumah, kena datang hospital balik untuk buat dressing. in case kau orang tanya dressing tu apa, dressing tu nak ganti kapas etc dekat kawasan tebuk haritu.

lepas doktor buat dressing Yang apa semua, dia eksplen pulak pasal result darah Yang untuk hari tu, dan eksplen semua lah apa yang patut.

masa ni lah Yang tahu yang dia ada kanser.

kali ni doktor dah tak cakap berlapik dah, dia tak sorok apa apa dah. doktor bertegas yang operation untuk buang ketumbuhan daging tu kena decide tarikh cepat. sebab kalau makin tangguh, it will keep increasing by 10%.

"her body is now perfect and ready for operation."

kata doktor, masa badan tengah nice dan ok ni lah elok buat operation terus. dia bagi Yang balik rumah ni pun sebab nak bagi condition Yang baik sikit dulu, bagi batuk sembuh apa semua.

masa doktor explain semua ni, dia duduk kat meja doktor, dan Yang masih kekal baring berehat atas katil pesakit macam dari awal tadi. itulah pertama kali Yang dengar dan tahu cerita sebenar pasal sakit Yang.

masa tu Yang pandang dinding je, tutup mata pastu menangis. kitaorang pakat pujuk Yang la masa tu, tenangkan apa semua.

operation ni kena buat dalam masa dua minggu tu jugak. sebab after two weeks tu, doktor tak ada. so kalau tak buat jugak, kiranya nanti operation tu tangguh lagi lama dan masa tu the cancer might get worser than that. jadinya memang kena operate cepat.

so lepas diskus apa semua, doktor pun booking operation room, ward etc. operation ni akan berjalan masa hari sabtu. doktor Azlan cakap buat operation hari sabtu senang sikit sebab weekend dan takde kerja sangat, boleh fokus on one major operation tu.

before doktor keluar, doktor bagi nasihat dan kata-kata semangat dekat Yang. dia pujuk Yang supaya okay dan percaya dengan usaha doktor. Yang masa tu dah redha dan tawakkal dah, dia serah dekat doktor untuk buat yang terbaik.

masa pujuk Yang tu kitaorang saja nak tukar topik bagi Yang dah tak fikir pasal sakit dia, so kitaorang cerita dekat doktor tentang salah silah macam mana panggilan "Yang" ni boleh wujud. pastu doktor cakap dia pun nak panggil "Yang" juga lah.

and this was the day yang mana buat pertama kalinya doktor tu panggil Yang as "Yang" macam kitaorang. sebelum ni panggil "makcik" je. before dia keluar nak pergi solat jumaat, doktor cakap kat Yang kalau nak tanya pape, tanya je dia.

"Yang nak whatsapp saya pun boleh!" ketawa lah satu bilik tu.

along one week before the operation date, kitaorang berikhtiar untuk sembuhkan kanser Yang dengan rawatan alternatif iaitu melalui perubatan Islam.

Khamis, 26 Julai

hari terakhir sebelum esoknya pergi hospital balik. malam tu kitaorang buat doa selamat dan solat hajat mengambil berkat malam jumaat, untuk doakan semoga Yang tak payah operate - selesai dengan kaedah perubatan islam tu je (inshaAllah).

Jumaat, 27 Julai - Day 11

awal pagi dah sampai hospital untuk admit wad. kali ni tak masuk wad baldu dah, because of some issues kitaorang pindah ke wad kristal.

bye baldu.
and wad kristal is indeed better than wad baldu, the best in HUKMSC i guess. basically semua benda baru dekat situ, cumanya dalam bilik dia tak ada microwave dan peti ais sendiri. kalau nak pakai jugak boleh pergi pantry, situ boleh guna untuk patient and nurse.

overall excellent la boleh bagi. in case kalau kau orang masuk wad sekejap je setengah hari ke, dia ada ruang untuk daycare jugak. visitor's lounge dia pun cantik, luar macam hotel. paling penting nurses dia semua baik dan bagus tak kira nurse lelaki ataupun perempuan.

around tengahari macam tu Yang akan kena buat endoskopi, which is masukkan kamera kat dalam untuk tengok ketumbuhan daging tu ada lagi ke tak. but this time, doktor akan tembak cecair berwarna so that akan nampak jelas perbezaan this and that (yang aku pun tak reti nak explain sebagai bukan budak medik zz).

kitaorang pun teman Yang ke bilik endoskopi di tingkat 2, sambil berdoa sungguh sungguh supaya pakai perubatan islam tu dengan izin Allah, ketumbuhan daging tu dah tak ada so esok Yang tak payah operate.

tak lama lepas tu doktor Azlan pun keluar sambil pegang result. dia ajak kitaorang masuk satu bilik perbincangan depan tu untuk diskus dekat tempat tertutup sikit. and then dia tunjuk 4 keping gambar hasil endoskopi tadi, yang menunjukkan ketumbuhan daging itu masih ada malah besar sikit dari sebelum ni sebab dah berminggu.

dua lagi gambar pulak doktor tunjuk yang Yang ada gastrik, teruk juga lah. puncanya sebab Yang stress. aku masa tu macam terkejut dan sedikit kecewa, kitaorang ingatkan Yang ok sebab dia kata dah redha apa semua, sedikit yang kami tahu rupanya dia simpan kerisauan tu di dalam dan stress sorang sorang, terbukti dalam gambar perut tadi.

bila doktor cakap ketumbuhan masih ada dan kena juga operate, first first kitaorang terkejut jugak dan memang kecewa sikit. sampai mama, ummi dan acu menangis di situ. sebab kitaorang harapkan benda tu dah tak ada, rupanya still ada.

masa ni doktor Azlan ada cakap, kanser pankreas ni tak sama dengan kanser kanser lain. lepas tahu dapat kanser pankreas, one week or two weeks after that terus kena buat operation sebab kalau tak dia akan membesar lagi. yang mana kita kesuntukan waktu - family serta pesakit ada masa yang singkat je untuk terima hakikat lepas result keluar.

what he said was true.

semua berjalan dengan cepat sebenarnya.

'Ibrah jumaat

satu perkara yang kitaorang belajar daripada peristiwa hari ni ialah, betapa Allah nak tunjuk yang sebenarnya kita manusia memang hanya mampu merancang dan keputusan akhir itu Allah yang tentukan.

guna la cara apa ikhtiar apa sekalipun, Allah nak tunjuk bahawa operation ini adalah jalan yang terbaik untuk merawat sakit Yang.

dan selepas ikhtiar, tiba pula kita ke fasa tawakkal. semua percaya yang kita dah usaha yang terbaik untuk Yang, bahagian ikhtiar tu dah selesai, waktu dah habis. tinggal percaya dengan jalan yang Allah dah pilih dan teruskan berdoa.

petang tu, ada final meeting antara doktor dan keluarga untuk diskus pasal operation Yang esok - sign borang waris etc. diaorang jumpa dekat visitor lounge kat luar, basically kalau kitaorang diskus pape dengan doktor, akan jumpa dekat situ (kalau diskus benda yang taknak bagi Yang dengar).


so aku dengan sepupu aku teman Yang dalam bilik. sepupu aku tengah prepare untuk bagi ceramah esok paginya ganti ummi aku, aku pulak macam biasa la tertidur di atas sofa yang empuk sebelah Yang (ngantuk teruk ok sebab bukan morning person tapi kena bangun awal).

tak lama lepas tu, doktor doktor ditemani nurse dan semuanya pun masuk lah jumpa Yang untuk pesakit sendiri pula sign borang operation tu. walaupun operate ni benda serius, tapi disebabkan doktor doktor ni kelakar, suasana bilik Yang petang tu dihiasi dengan gelak tawa je.

kalini bukan doktor Azlan je ada, yang datang sekali ialah anasthetist, Dr. Esa. doktor Azlan as doktor pakar surgeri dan doktor Esa as doktor pakar bius.

diaorang pun brief la dekat Yang pasal operation esok. by 7.30pm dah kena turun bawah kat dewan bedah. pembedahan akan mula awal pagi, habis petang around jam 4 petang. since it's a major operation, it will take a long time.

doktor Azlan mengusik Yang, minta maaf awal awal kalau esok dia tertidur pulak lepas subuh, nanti operation ke mana apa ke mana. but doktor Esa said he wouldn't allow that to happen!

doktor pesan hari ni Yang kena makan puas puas. dia suruh makan besar malam ni sebab nanti lepas operate susah sikit dan tak lalu nak makan sangat. pastu mama cakaplah, Yang dah request dah tadi untuk abah masak macam macam, sebab Yang rupanya dah lama rindu nak makan masakan abah (sebab Yang dah lama tak balik rumah kitaorang T-T).

basically abah balik ofis pegi beli barang dan terus masak untuk bawak malam ni.

pastu doktor Azlan cakap dekat doktor Esa "malam ni kita datang dinner sini la maksudnya." Lol

so petang tu nak dekat maghrib, aku ikut mama balik untuk tolong abah masak kejap. and malam tu macam biasa datang balik.

Sabtu, 28 Julai - Day 12, Operation Day

seperti yang telah dijanjikan, lepas solat subuh kitaorang terus keluar rumah gerak ke hospital. vibes pagi tu memang lain macam sikit daripada selalu.

syahdu dan sendu yang luar biasa.

kitaorang sampai tu Yang masih dalam bilik wad lagi. bila nurse dah panggil untuk turun, baru Yang tukar baju bedah. aduhai, berair mata aku masa ambil baju bedah untuk Yang tu, sebab baju tu warna putih. gaun putih sebenarnya yang ada tali ikat belakang, and then kena pakai cap.

vibes operation memang menyelubungi bilik pagi tu.

before keluar, ummi ketuai bacaan doa. dan masa baca doa tu la, semua nangis. memang sumpah sedih gila masa tu. padahal sebelum tu semua dah pakat, jangan nangis jangan nangis sekali tewas juga.

lepas tu, kitaorang pun iringi perjalanan Yang ke dewan bedah di tingkat 2. since masa tu masih pagi buta, memang kosong la tingkat tu takde sape sape. bila sampai kat dalam tu, ketua jururawat situ keluar, dia cakap boleh la peluk cium dulu sebelum dia bawa Yang masuk.

so kitaorang pun peluk cium lah Yang, semua sekali. pastu dah habis semua, tiba tiba ketua nurse tu cakap "eh tu ada sorang lagi belum". dia tuju dekat abah. time tu abah je satu satunya menantu Yang yang datang pagi tu.

kalau kau orang ada family yang dah kahwin, korang mungkin tahu kot relationship mak mertua dengan menantu lelaki macam mana. sayang tu sayang, rapat memang rapat tapi macam malu dan segan tu pun ada gak.

kitaorang pun macam tergelak sikit lah bila nurse tu cakap macam tu, sebab kitaorang semua tahu abah ni pemalu orangnya dan Yang pun segan juga. but at the end, Yang buka depa dulu untuk peluk abah pastu abah pun peluk cium Yang sambil cakap "inshaAllah Yang, takde pape semua berjalan lancar."

at that was the moment aku rasa firstime aku tengok abah nangis (selain masa aku ambil result..) dan ofkos aku pun menangis lagi menyaksikan semua tu.

basically pagi tu kerja utama semua orang ialah nangis.
:)

habis adegan untuk pagi tu kami pun lepaskan Yang untuk masuk dewan bedah. masa keluar dekat depan tu terserempak pulak dengan doktor Azlan yang baru nak pergi ambil baju dan masuk dewan bedah. kitaorang pun ucap selamat berjaya apa semua, dia cakap nanti mungkin tengahari dia akan update apa apa.

seharian kitaorang semua tunggu dekat wad atas, nak dengar apa apa update. tapi pukul 3.30 petang dapat berita pembedahan Yang dah selesai apa semua. after that baru doktor Azlan naik jumpa kitaorang dan cerita semua dekat visitor lounge.

basically malam tu ialah malam pertama Yang tidur tanpa kitaorang sebab lepas operation, terus kena pergi ke sama ada ICU atau PACU. jadi untuk Yang, lepas pembedahan tu terus ke PACU.

yang tidur dalam wad malam tu ialah aku, kakak dan makcik aku, acu.

masa ni tiba tiba semua sendu bila masuk bilik sebab rindu Yang haha. first day tidur tanpa Yang dekat wad tu memang nangis ah, lagi lagi masa kemas baju purple hospital, Yang yang pakai sebelum tukar ke gaun bedah warna putih pagi tu.

emo teruks yall, aku tunjuk dekat acu baju tu dan kami pun nangis berjemaah kahkah.

kitaorang plan nak hantar gambar baju purple Yang tu dalam group sebab nak ajak semua orang sedih bersama, tapi aku takut kena bash sebab buat orang sedih, so aku pun tak upload.

baik kan aku.




Ahad, 29 Julai - Day 13, A day in PACU

lepas operation, patient akan dipindahkan sama ada ke PACU ataupun ICU. PACU ni konsep dia sama je dengan ICU, cuba dia sebahagian juga dengan dewan bedah, dan memang dapat penjagaan yang rapi 24/7 kat situ. tempat dia pun ofkos lain sikit dengan ICU.

masa tu patient dalam PACU cuma ada Yang sorang je, alhamdulillah kira satu kelebihan jugak la staffs perubatan semua boleh fokus tengok Yang seorang.

nak masuk PACU ni boleh dua orang je dan kena tukar pakaian ke pakaian yang disediakan (macam dalam gambar first kat post ni). untuk tujuan kebersihan dan tak nak kuman atau bakteria dekat baju kita tu dibawa masuk ke dalam kawasan PACU dan dewan bedah tu. jadi kena tukarlah.

pengalaman menarik jugak bagi aku sebab dapat at least merasa pakai baju ala ala doktor ni......


nampak besar sebab pakai baju dua lapis, ketahuilah sesungguhnya ada jubah di sebalik baju yang kool ini!
basically masa dalam PACU tu Yang tak cakap sangat pun (atau mungkin tak cakap langsung, cuma angguk dan geleng) sebab masih penat lepas operation, ubat bius pun masih berbaki. banyak sangat wayar dekat badan tu tak payah cerita la, keluarga pun tak boleh kacau sangat sebab patient kena banyakkan rehat.

since dalam PACU ni sangat sangat limited visitors (2 orang je boleh masuk), doktor pun suruh kitaorang balik untuk selesaikan apa yang patut sebab dia tengok setiap hari dah kitaorang berkampung dekat HUKM tu.

peraturan PACU ialah patient cuma boleh admit situ for 24 hours only, lepas satu hari kena pindah ICU pulak.

ICU ni berhadapan je dengan dewan bedah tu. kiranya lepas operation, Yang stay for a day in PACU and two days in ICU.

selama Yang duduk dalam PACU dan ICU tu, kitaorang je lah yang tidur dalam wad kat atas. kadang kadang abang aku lepas balik kerja, dia tunggu dekat tingkat 2 tu malam malam, untuk teman Yang walaupun hanya daripada luar (takleh masuk sebab bukan waktu melawat).

dalam pukul 11 ke 12 pagi macam tu baru dia balik rumah.

Sabtu, 4 Ogos - Day 19, "Insiden"

hari kelima di wad lepas dua hari di ICU. malam sebelum tu (3 Ogos), yang teman Yang di wad ialah mama, abang, kakak dan aku. kami berempat tidur dengan Yang.

macam biasa pukul 5 pagi Yang dah bangun. dan pukul 6 baru prepare untuk solat. tarikh ni merupakan hari kedua Yang dah boleh berjalan ke tandas (sambil dibantu kami semua). jadi masa nak solat subuh tu, rancangnya nak gosok gigi, mandi apa semua lah. sebelum ni lap lap atas katil je mampu.

orang yang habis operation memang kena banyakkan berjalan supaya darah dapat mengalir dengan baik dalam badan, walaupun payah sikit nak banyakkan bergerak macam selalu.

aku pun tak berapa pasti apa yang berlaku secara detail sebab masa tu aku tidur (kenapa aku rasa macam aku asyik tidur je dalam cerita ni), tiba tiba aku bukak mata je dah kecoh abang aku suruh tolong dia angkat kerusi untuk Yang duduk. masa tu kelam kabut gila sebab Yang dah nak jatuh, dah tak tahan untuk berdiri lagi, sambil kanan kirinya ada mama dan kakak, depannya ada tongkat empat kaki.

lepas tu kitaorang panggil nurse dan nurse pun check darah dan oksigen apa semua. memang masa tu, Yang in a bad and serious condition. terus nurse tanya doktor Azlan macam mana, dan doktor Azlan hantar doktor on call untuk datang check dulu (sebab masa tu masih awal pagi lagi dan weekend).

cemas masa tu tak payah cerita lah.

tak lama lepas tu doktor on call pun tak datang dan buat apa yang patut. kemudian doktor Esa pun datang check. so diputuskan, Yang kena dihantar ke ICU sebab oksigen tak cukup dan wad tu fasilitas dia tak boleh nak bekalkan oksigen yang banyak, that is why kena juga turun ICU, booked by doktor Esa.

alhamdulillah ICU masa tu ada kosong jadi proses untuk turun ke bawah tu tak lama. masa tu abang dah pergi kerja dulu, jadi aku, mama dan kakak pun iring Yang ke ICU bawah sambil ditemani doktor Azlan.

kitaorang tunggu keputusan doktor tentang keadaan Yang dekat luar ICU, dengan perut pun masa tu lah jugak nak lapar dengan sesungguhnya. tak lama lepas tu doktor Azlan dan doktor Esa pun keluar dan menjelaskan semuanya.


basically Yang mengalami blood clot. darah jadi beku bila tak banyak bergerak dan berjalan lepas operation, sebab tu bila Yang jalan nak ke tandas, badan jadi terkejut sebab dah lama tak bergerak. tapi doktor masih nak check mungkin ada lung infection dan sebagainya.

doktor kata, Yang dimanjakan dengan kitaorang ni. patutnya kena paksa berjalan jugak supaya benda macam ni yang doktor tak ingini berlaku, takkan terjadi.

you know what, menjaga ahli keluarga yang baru lepas pembedahan ni, kau orang pertama yang kena kuat dulu sebelum pesakit itu sendiri. dia perlukan tenaga positif dan semangat untuk teruskan kehidupan seperti sedia kala. sebab perasaan down lepas operation ni cuma yang mengalami je tahu.

jadinya effort kena lebih. kena paksa untuk yang terbaik dan keluarga memainkan peranan yang sangat penting, cuma keluarga je boleh menggerakkan (tak lupa juga kepada doktor fisio!).

petang tu ahli keluarga semua datang, dan kami diberitahu keadaan Yang sekarang kritikal. dia boleh jadi semakin positif atau terus merudum. dan masa tu, kitaorang memang helpless - cuma punya satu senjata je iaitu doa dan minta semua orang turut mendoakan.

melihatkan kerisauan keluarga, doktor pesan serahkan tugas ni kepada diaorang dan berikan masa untuk diaorang kembalikan Yang seperti keadaan normal sebelum ni.

hari yang penuh debaran, apa apa pun boleh terjadi.

Selasa, 7 Ogos - Day 22


alhamdulillah after two days in ICU, oksigen dah stabil apa semua, Yang dah boleh naik wad. at this rate, semua orang memang jadi tegas dan lebih berhati hati. visitor memang tak dibenarkan siapa siapa datang kecuali anak cucu, dan kena make sure Yang banyak berjalan dan bergerak.

maksimum tidur atas katil cuma 8 jam sehari je macam kita orang biasa (but of course Yang can't really manage to do that).

since dalam ICU memang dah pasang tiub makanan dekat hidung Yang. sebab nak makan pun tak lalu sangat tapi badan masih perlukan nutrien, so doktor suruh minum susu melalui tiub.

dekat ICU diaorang pakaikan Yang satu stokin ni. stokin ni memang bagusla kalau pakai sebab dia ketat tapi melancarkan perjalanan darah dekat kaki. doktor kata kalau orang yang overweight pastu kena naik kapal terbang untuk penerbangan yang lama, better pakai stokin macam ni untuk elak cramp apa semua.

walaupun macam kesian sikit sebab kulit pun macam luka since stokin tu ketat sangat, tapi untuk kebaikan biar je dulu. walau Yang suruh bukak tapi kita kena bagitau stokin ni bagus.

malam tu lagi, aku dan acu tidur dekat wad teman Yang. but before that dekat rumah, kitaorang sibuk masak bubur baru dan puding roti dekat Yang. masa tu cam serius lah penat gila sebab siang di hospital, balik beli barang dan terus masak pastu ke hospital balik.

sampai ada sekali tu, semua macam nak marah sebab tak jumpa beg plastik je pon. seminit lepas tu baru kembali sedar dan masing masing tergelak kepenatan,  mama cakap "kita semua penat sangat kan tu yang sampai jadi macam ni." Lol that was a funny moment.

mama siap bekalkan bubur special lagi untuk aku sebab malam tu aku tidur sana jadi macam sendu pulak nak berpisah kejap lepas 'bergaduh' tadi kahkah.


satu perkara yang kau perlu tahu bila tidur di hospital untuk teman patient ialah, kau tak tidur sangat pun sebenarnya. atau lebih bagus kalau kau tak tidur langsung jadi boleh perhatikan pesakit 24/7.

since Yang dah banyak tidur siang, biasanya malam malam ke 2 atau 3 pagi nanti dia bangun. dah tak ngantuk dah. so masa tu lah boleh buat macam macam, nak bagi makan ke nak lap lap badan ke nak urut.

tapi selalunya Yang kesian sebab tengah tengah malam buta orang kena jaga dia tak tidur. so nanti Yang suruh je pergi tidur. pastu Yang pun tidur. tapi kena alert jugalah sebab takut nanti Yang nak ubah kedudukan ke nak letak bantal dekat kaki ke sebab lenguh.

biasanya sebelum tidur malam tu aku akan pesan dekat Yang,

"Yang kalau pape, panggil je saya. saya tak tidur ni Yang, saya tengok Yang."

katil aku memang mengadap Yang so senang sikitlah aku nak perati Yang bangun ke tak. dan biasanya kalau aku nak stay up, aku beli hot latte dekat gloria jeans dulu. cuma ada sekali tu je aku cakap tak nak tidur, sekali aku lah yang paling tidur nyenyak sekali kahkah (biasanya perangai aku camni bila kakak tidur sekali, so aku harap dia boleh main peranan hahaha).

and basically hari yang aku tidur nyenyak tu ialah masa hari insiden 4 ogos tu.

haha,
dasar.

Jumaat, 10 Ogos - Day 25, After a very long time



macam aku pernah cakap sebelum ni, pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan kena banyak bergerak dan berjalan. benda tu bukan mudah sebenarnya dan ini lah masanya semua orang di sekeliling kena kuat dan jangan putus asa untuk ajak, bagi semangat dan bimbing pesakit untuk bangun dan bergerak.

dalam kes Yang pun sama juga. Yang selalu mengadu penat so bila ajak jalan sikit dalam bilik atau duduk atas kerusi sekejap pun dia tak nak.

sampai la masa hari ni, 10 ogos, setelah sekian lama dipujuk doktor, nurse dan kitaorang sendiri, akhirnya Yang yang mintak untuk bawa dia berjalan! bukan setakat berjalan dalam bilik, tapi sampai ke luar!

terharu bukan kepalang tau rasa macam seorang doktor fisio yang berjaya sangat kofff.

sampai aku tengah tunggu turn nak solat pun Yang cakap "dayana cepat jom bawak Yang jalan" dan aku pun macam "Yang kejap Yang saya belum solat lagi" hahahaha.

Yang belum boleh berjalan dengan kaki sendiri lagi masa ni jadinya naik kerusi roda juga dah memadai. so bila bukak je pintu bilik untuk bawa Yang jalan jalan kat luar, nurse nurse semua terkejut dan gembira akhirnya Yang nak keluar berjalan - mashaAllah what a great achievement.

aku yang tolak kerusi roda Yang masa tu, serius nak nanges tapi cover so air mata bergenang je tapi tak turun. bila hantar gambar dalam group pun semua terharu, a good sign alhamdulillah, Yang dah nak sihat sepenuhnya.

lepas dah bawa round ke luar wad, kitaorang singgah kejap dekat visitor lounge (refer gambar atas) untuk makan petang. mula mula makan makanan yang hospital bagi, puding roti sedap nyum nyum tapi sebab keras so kakak aku yang makan. Yang makan puding mangga kegemaran je.

Sabtu, 12 Ogos - Day 27, Farewell Second Home

diari kini sudah sampai ke penghujung. after a total of 26 days, alhamdulillah finally doktor bagi izin untuk Yang discharged.

pagi tu macam biasa, doktor datang untuk dressing dekat kawasan buat operation tempoh hari - tukar kapas baru apa semua. sebelum balik, kitaorang semua cakap terima kasih banyak dan tahniah dekat doktor.

masa hari operation haritu, lepas doktor explain dan bagitahu pembedahan berjalan lancar apa semua, kitaorang ucap tahniah dekat dia. tapi doktor cakap,

"belum, belum boleh ucap tahniah lagi. tunggu bila dah keluar hospital atau masa follow up dekat klinik nanti baru boleh ucap tahniah masa tu."

and today is the day. thank you to the best doctor we've ever met (and doktor Esa too) walaupun tiga hari lepas tu pun jumpa lagi untuk next dressing haha.

hari tu punya happy tak payah cerita la. kalau boleh dekat semua orang dalam HUKM tu nak bagitau yang Yang akhirnya dah boleh balik. dan macam biasa nak kena tunggu settle bil apa semua dulu lepas tu baru boleh balik. so around after zohor, kami pun berangkat pulang.

macam sedih sikit bila nak balik coz i'm gonna miss my routine, kedai kedai yang aku pergi setiap hari and the people i met everyday. til we meet again, my second home! (please excuse cousin's two fingers).

dua perkara yang kami belajar daripada peristiwa ini

***

untuk segala peristiwa yang berlaku ni. dua perkara yang aku kira pengajaran besar untuk kami sekeluarga ialah,

yang pertama, kalau nampak ada abnormal sign dekat diri kita - luar atau dalam, terus refer to doctor dan jangan tangguh tangguh. contoh macam kes nenek aku, supposedly kalau nampak mata kuning ke apa semua memang kena terus jumpa doktor.

kalau ada sign luar biasa, terus pergi check. jangan buat assumption sendiri kata tak ada pape.

yang kedua, sekali lagi tentang - kita hanya merancang, Allah yang menentukan. tugas kita manusia untuk berusaha dengan segala upaya dan berikan yang terbaik. dan jikalau bukan apa yang dirancang itu yang menjadi kenyataan, kita harus percaya jalan yang Allah pilih dan tetapkan, itu lah yang terbaik.

sebab hakikatnya kehidupan kita ini, hanya Allah saja yang mengetahui apa yang terbaik dan betul betul sesuai dengan keperluan hamba-Nya.


***

cerita luar biasa,
pelik tapi benar


1. Melawat suami di ICU


kejadian berlaku masa 4 Ogos, hari insiden yang Yang masuk ICU balik tu.

masa tu aku baru turun dari tingkat 7 untuk solat zohor. disebabkan tempat menunggu luar ICU tu dah ramai sangat orang dan tak ada tempat duduk (ICU masa weekend memang ramai, sebab waktu melawat dia limited), so aku berdiri je lah menghadap kakak aku yang tengah duduk.

sebelah kakak aku, ada seorang makcik. tiba tiba makcik tu tanya aku

"yang masuk ICU ni, sebab eksiden ke?"

makcik ni macam pangkat nenek juga lah. aku mula mula tak berapa faham soalan dia. maksud aku, dia tanya pasal family aku ke family orang yang ramai ramai luar ICU ni? sebab pagi tadi macam dengar citer ada orang masuk sebab eksiden.

"family saya ke maksudnya, makcik?"


(Lol masa ni aku rasa berdosa pulak sebab tak faham soalan dia.)

"ha'ah. masuk ICU sebab apa, eksiden ke?"

"oh, tak makcik. sakit kanser."


makcik tu pun angguk macam simpati. dua saat lepastu dia tanya lagi,

"yang sakit tu, suami ke?"

masa ni serius aku cuba untuk tahan gelak. tapi kakak aku kat depan ni dia dah gelak besar sampai aku tak boleh nak explain perkara sebenar dekat makcik tu . dia pun jadi clueless like aku ada salah cakap ke ni.

"tak, makcik. bukan suami. nenek saya yang kat dalam tu."


"ohh......"


masa ni baru aku tergelak sikit sambil dalam hati, Allahu naudzubillahi min dzalik makcik. kelakar betul. tapi rupanya setiap soalan yang makcik tu tanya, ada rasional dia.

lama lepas tu, tiba tiba ada sorang pesakit keluar dari dewan bedah. dewan bedah ni berhadapan je dengan ICU. bila pesakit tu keluar, makcik tadi terus bangun pergi dekat pesakit tu, diikuti anak-anak dan cucu-cucu dia.

kitaorang semua menyaksikan benda tu, pastu aku pandang makcik aku, ummi. dia pun pandang aku, pastu cerita pasal makcik tu tentang suami dia eksiden apa semua.

baru lah aku faham kenapa makcik tu tanya aku soalan soalan macam tu tadi - tentang eksiden dan...melawat suami. haha. aku pun cerita tentang conversation aku dengan makcik tu tadi dekat ummi aku.

so first of all, aku rasa bersalah sebab terlupa nak tanya makcik tu balik - dia datang sini melawat siapa, siapa yang sakit dan sakit apa. dia sebenarnya mesti nak orang tanya dan prihatin pulak tentang dia, macam dia prihatin dengan aku.

2. Helo doktor D!

kalau korang masih ingat dekat cerita 4 Julai di atas, aku ada cakap nak cerita pasal benda special yang terjadi kan masa pagi tu?


so ini lah dia ceritanya, basically cerita cerita ni lah pemangkin kepada tercetusnya nama "Dr D" ni.


so, enjoy!





peristiwa pertama


masa tu aku keluar wad 5C untuk charge henfon. plug cuma ada kat luar je so aku pun keluar lah duduk dekat kerusi luar tu. jauh beberapa meter dari depan aku, ada dua orang pakcik tengah bersembang. aku kira diaorang ni keluarga daripada pesakit wad depan tu kot.

entah tiba tiba sorang pakcik tu bangun mendekati aku. sambil silang tangan paras dada, dia tanya aku

"assalamualaikum cik. cik ni, doktor ya?"

terkejut aku masa tu tak payah describe, tiba tiba ada random person datang tanya kau doktor? (i mean like, kool gila? hahaha). masa tu aku nak tergelak tapi kena cover sebab dia pakcik so kena respek sikit.

aku pun jawab la,

"eh tak, pakcik. saya bukan doktor."

"oh? la yeke bukan doktor, ooo ok kk"

aku kira dia macam segan sikit kot sebab tersilap so for one moment dia senyap sekejap macam fikir nak tanya apa pulak sebab dah tersilap cakap ni. pastu kitaorang pun taaruf lah sikit (basically taaruf satu hala sebab cerita pasal aku je). 

aku nak jugak tanya pakcik tu kenapa dia datang wad sini apa semua, tapi macam segan sebab dia tetiba panggil aku doktor tadi. so end up aku tak tahu pape pun pasal pakcik tu.

cerita dia malam sebelum tu (3 Julai) sementara tunggu dalam bilik doktor untuk naik ke wad, pun makcik makcik aku beberapa kali kata "lah ingat doktor la yang datang tadi" dan aku tak ambil kesah pun dengan ayat tu sampai lah kejadian pagi ni yang kembali membuatkan aku terfikir,

aku memang nampak macam doktor ke?
kofffffffffffff

peristiwa kedua

masa tu aku tengah jalan menuju ke Gloria Jean's Coffee lepas buat pesanan dua Chicken & Cheese dekat gerai Hot & Roll. ni hari ke berapa dekat HUKM pun aku tak ingat dah.

on the way nak ke kedai kopi tu ada satu gerai takaful ni dan macam biasa ada lah beberapa orang promoter dekat situ. aku nampak diaorang je, terus aku jalan laju laju sebab tak nak disapa, tapi dengan gigihnya ada sorang brother ni lari jugak dari jauh kejar aku.

"kak kak, kejapp!"

aku pun takde la jahat sangat so aku slow lah sikit jalan untuk dengar dia cakap. dia suruh langgan takaful etc semua tu pastu aku cakaplah mama abah dah buat dah (yang aku maksudkan sebenarnya ialah insurans LOL).

pastu tiba tiba dia tanya,

"akak doktor sini ke?"


aku macam,

dah sudah serius la soalan ni lagi?

aku pun jawab la satu satu soalan dia - tak saya masih student - tak saya bukan student sini tapi belajar uia. course apa belajar apa semua aku cerita sebab dia tanya every single thing (basically dia tanya semua soalan dengan nada teruja lepas tahu aku baru student year 1).

mula mula aku macam annoyed sikit lah sebab macam macam pulak soalan dia tanya tapi sebab dia punya teruja tu nampak ikhlas (wah ikhlas detector ke aku ni) so aku raikan je lah setiap satu.

yelah sedih la kan kalau dalam hidup ni kau je eksaited tapi orang lain tak. kau eksaited setiap kali jumpa orang tapi orang macam malas malas je nak layan padahal niat kau baik.

tapi tulah korang bayangkan conversation ni berlaku dalam keadaan brother ni memang ikut aku jalan pegi gloria jeans tu dari tadi dan memang tak ada tanda nak berhenti tanya macam macam.

cuma one good thing was sebelum conversation berakhir, dia cakap goodluck lah study ekonomi belajar elok elok!! (sambil muka masih teruja).


wah rasa semangat nak degree camtuha.

peristiwa ketiga

cerita ni pun aku tak ingat hari ke berapa di HUKM dan tarikh apa. masa tu aku, mama dan kakak turun ke kafe untuk makan tengahari. ni kafe yang dekat bahagian emergensi tu. kafe sini walaupun tak sesejuk dan tak secantik kafe azalea dalam bangunan hospital, tapi makan tengahari dia sedap tau yall (hashtag tekak melayu sejati!).

masa tu aku beratur nak ambil nasi. bila sampai turn aku, tiba tiba brother yang bubuh nasi tu tanya aku,

"doktor sini ya dik", dengan slang indonesia dia.

sebab dah beberapa kali orang tanya soalan ni jadi aku cuba lah untuk jawab dengan jawapan yang lain pulak.

"ha'ah, doktor sini." dalam hati aku terkekek kekek ketawa.

pastu dia pun mengiyakan sambil angguk-angguk. tak sampai 2 saat hidayah pun datang menyedarkan aku daripada satu penipuan ini, maka aku pun betulkan lah balik dan bagitahu perkara sebenar,

"tak tak, saya bukan doktor. saya melawat nenek je dekat sini."

explain aku sambil ketawa kekok, rasa bersalah sebab mempermainkan orang (dah siapa suruh orang asyik tanya aku soalan sama huhu).

basically ni peristiwa terakhir lah yang orang tanya aku doktor ke tidak. benda paling penting ialah kau jangan tanya kenapa orang panggil aku doktor, sebab aku sendiri tak ada jawapan.

bila fikir balik macam seronoknya kalau boleh jadi doktor. boleh pakai baju pakar warna biru pekat, biru cair semua tu. macam kool gila kan!! tapi itu lah, lambat untuk aku baru nak menyedari hakikat ini (koff) alasan padahal malas nak belajar medik teruk teruk (koff).


***

 mereka yang di dalam ingatan,
staff-staff HUKM!

***



1. Mr Azlan dan nurse-nurse Wad Kristal


kalau aku boleh pendekkan cerita yang panjang ini, i'm gonna say that this is the best doctor we have ever met in this world. 

apa yang aku nak kata ialah doktor Azlan ni boleh jadi salah satu definisi terbaik untuk seorang "Good Doctor". dia punya peribadi sebagai seorang doktor dan gerak kerjanya sangat inspiring, aku hampir saja nak mintak tukar course untuk jadi doktor ber-idolakan doktor ini.

gitu ha melambung puji.
(segala kemuliaan seseorang itu datang daripada Allah!)

doktor Azlan ini ialah doktor surgeri yang merawat Yang. dekat HUKM ni, orang tak panggil dia doktor Azlan, tapi orang panggil "Mr. Azlan". basically title mister tu level dia up sikit daripada doktor, cuma aku tak berapa pasti apa qualification seorang doktor untuk naik level jadi mister. 

dengar cerita hanya selepas buat beribu riban operation baru dapat gelaran mister? entahlah, tanya student econs macam aku ni apa benda tak boleh relate dengan benda macam ni.

basically doktor Azlan dan doktor Esa both are good doctors. dua dua hebat - sorang pakar surgeri, sorang pakar bius. they make a good team. satu kelebihan la HUKM for having these doctors. dua doktor yang merawat Yang ini, both have different characters. 

that is why masa pertama kali kitaorang jumpa doktor Esa dan dengar explaination dia, kitaorang macam terkejut sikit sebab dia cakap semua benda memang detail gila dan straight forward. selama ni kitaorang cuma jumpa doktor Azlan je, dan doktor ni pulak cara dia cakap memang berlapik dan berhati hati memilih perkataan untuk bercakap dengan patient.

kelakar betul, bila bagitau doktor Azlan, doktor kata doktor Esa memang macam tu. dia yang pertama tama meyakinkan kitaorang tentang kehebatan doktor Esa ni sebelum kitaorang sendiri buat research (we really did some research on them haha basically untuk kenal dengan doktor yang akan rawat keluarga kita ni).

itu yang doktor Azlan cakap dekat doktor Esa, "jangan main main dengan keluarga ni."

first impression jela macam takut sikit dengan doktor Esa tapi lepas tu, everyone pun dah selesa dan dia pun bukak cerita pasal life dia. ketegasan dia menjadikan dia doktor pakar bius yang kita lihat hari ini camtuha.

back to doktor Azlan, aku tak pernah jumpa lagi la seumur hidup doktor kelakar macam ni. sebab tu aku cakap tadi he's the best doctor we have ever met! dia memahami dan sangat masuk dengan Yang, pesakit dia. which is aku rasa sangat penting la untuk pesakit dan doktor tu match very well. 

apa yang doktor cakap, semua Yang boleh terima.

dan aku kira salah satu faktor diaorang boleh masuk ialah sebab doktor pun panggil Yang as "Yang" juga macam kitaorang semua. sejak daripada tu, nurse nurse pun panggil "Yang" jugak.

pagi pagi pukul 7 lebih nanti diaorang datang nak tukar cadar apa semua, aku ingat lagi diaorang bukak pintu pastu cakap

"selamat pagi Yanggg."


that day was the first time kitaorang dengar nurse panggil centu. dan benda tu tidak dapat tidak memang bawa positif vibes dan family vibes ke dalam ruang wad tu!

it's just a good thing la aku rasa, belum masuk lagi cerita bagus nya nurse nurse dekat wad kristal tu, tak kira nurse perempuan mahupun nurse lelaki. two thumbs up!

basically experience dengan staffs HUKMSC semua nya terbaik, dari doktor ke nurse ke staff katering ke staff cleaner. thank you for an excellent hospitality!

2. Doktor Fisio

setiap pagi, akan ada doktor fisio datang untuk bimbing Yang buat senaman. dalam beberapa doktor fisio berlainan yang datang ajar Yang bersenam sejak di wad baldu, satu doktor yang paling ngam dan paling sporting dengan kitaorang semua ialah doktor cina perempuan - yang aku pun tak tahu nama dia apa!


aku panggil doktor tu as doktor dina sebab muka dia macam kakak aku yang namanya dina kahkah. dia sangat baik dan cakap lembut walaupun tegas. tegas tu penting sebab dia kena betul betul make sure patient buat senaman-senaman tu walaupun tak larat.


that is why sejak kali pertama dia datang, esoknya sampai lah hari akhir, doktor yang sama ni jugak yang datang bimbing Yang buat senaman. memang kamceng lah dengan Yang dan basically aku pun menantikan kedatangan dia setiap pagi!


dia peramah dan suka ajak bersembang, rajin senyum pulak tu. soalan pertama dia tanya kat aku ialah "ni cucu ke?" dan sejak haritu, kami pun berkawan baik ahhh gitu. selalunya lepas dia habis buat senaman dengan Yang, nanti dia pegang bahu aku dan pesan untuk buat lagi senaman macam dia ajar tadi, untuk belah petang pulak.


basically kalau doktor doktor lain yang datang check, bila dia tanya Yang dah buat senaman ke belum, nanti diaorang like "oh ni semua doktor fisio lah ni!" true doc, but tak bertauliah punya version kehkeh.


tak silap aku masa hari Yang keluar hospital tu dia tak datang sebab weekend. so aku macam kecewa sikitlah tak dapat jumpa dia untuk kali terakhir. kisah sedih ringkas kan sobs

3. Kak Sha


kak sha ni nurse juga. dia asalnya nurse yang bertugas di wad warga (wad untuk staff HUKM). cuma aku tak tahu lah macam mana sistem nurse dekat HUKM ni, ada hari dalam seminggu yang kak sha ni akan bertugas dekat wad kristal.

kak sha ni anak dah lima, tapi nampak muda tu tak payah cerita lah. istimewanya kak sha ni ialah dia nurse pertama yang tahu nama aku. dan istimewanya pulak aku ialah aku cucu pertama yang nama aku diketahui oleh nurse nurse dekat situ (kahkah perlu sangat nak cerita).

so kalau dengan kak sha ni, dengan cucu mana mana pun dia panggil pakai nama aku, sebab dia cuma tahu nama aku je.

tiba tiba ada banyak Dayana dalam satu masa.

aku mula mula tak cam pun kak sha ni, sebab setiap hari dan hampir setiap masa nurse keluar masuk dan silih berganti. sampai lah ada satu kali tu masa tengah uruskan Yang, kak sha tanya aku

"masuk uia balik bila dayana?"

aku macam terdiam jap sambil fikir "nurse ni cakap dengan aku ke kenapa aku dengar macam orang sebut nama aku?" noobnya aku ni kali kedua dia tanya baru aku jawab dan baru aku ingat, dulu aku pernah taaruf dengan seorang nurse yang prihatin dan peramah ni, rupanya laaaa kak sha keeeee.

since kak sha dah jadi nurse berbelas-belas tahun dekat HUKM ni, dia memang nampak berpengelaman dan senior lah. dan sangat bagus dalam menguruskan pesakit. dia selalu nasihat dan bagi semangat kat Yang untuk kuat supaya boleh cepat sembuh.

serius banyak benda aku belajar daripada kak sha ni kira dah layak la kalau nak apply jadi nurse pun camtuha.

setiap kali dia dah setel buat kerja dalam wad Yang, sebelum keluar kitaorang akan cakap "bye jumpa lagi kak sha!" dan memang untuk satu hari tu kalau panggil nurse, dia je yang datang masuk.

dia cakap shift dia lagi sekali nanti hari isnin depan pulak. tapi itulah tak ada rezeki, Yang discharged hari sabtu. aku ingat nak pegi wad warga untuk say bye bye dekat kak sha sebelum balik, nak bagitahu Yang akhirnya dah boleh keluar hospital, tapi dah busy busy tu semua jadi lupa.

plus wad warga memang betul betul berhadapan dengan wad kristal. so memang dekat. kak sha kata kalau kat luar nanti dia jumpa kitaorang, dia tepuk belakang jangan buat buat tak kenal pulak!

kahkah bye kak sha jumpa lagi.

4. Akak Katering



dekat HUKM ni, dia ada 4 pusingan makan. makan pagi, makan tengahari, makan petang dengan makan malam. selama 26 hari duduk sana basically dah kenal lah dengan semua staff yang hantar makanan ni.

cuma antara beberapa orang tu, ada sorang ni aku kira paling istimewa lah antara yang lain dan paling dekat dengan keluarga kitaorang.

dia kata bila dia tengok Yang, dia jadi teringat dekat mak dia. so setiap kali balik, dia akan cerita dekat mak dia semua benda pasal Yang, pasal keadaan Yang apa semua.

dia bagitahu, mak dia solat hajat dan doa untuk kesembuhan Yang sebab sedih masa Yang masuk ICU. dia kata dia selalu berebut dengan kawan dia sebab nak hantar makanan dekat bilik Yang, dia nak tengok keadaan Yang macam mana.

bila Yang dah keluar ICU, dia datang usap tangan Yang sambil ucapkan rasa syukur sebab Yang dah getting better. dan kami pun saling bertukar kiriman salam dengan mak akak tu sejak haritu.

masa hari Yang discharged tu, dia kata dia rancang nak urut urut Yang, tapi disebabkan sibuk dengan kerja, dia tak sempat.

rasa macam terharu sangat sebenarnya jumpa orang macam ni. yang ikhlas mendoakan walaupun yang sakit tu bukannya ahli keluarga sendiri, tapi seolah-olah cubit peha kanan peha kiri pun terasa sakit.

kita sendiri pun tak tahu dalam ramai ramai yang mendoakan, doa siapa yang diangkat oleh Allah kan? moga Allah merahmati akak tu dengan ahli keluarganya, ameen!


***

the end of Dr D's diary.
doakan kesembuhan nenek kecintaan kami, Yang.



2 Comments

  1. I felt like crying (already)
    when i read the part where Yang was about to enter the OR. May Allah grant Yang with health and happiness. InsyaAllah.

    P/s : one of the factors why u been called as doctor might be due to ur footsteps. 10 batu can already be heard. 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen, waiyyaki tq for the dua.

      Hahahahaha if you said that is one from many factors, then i guess i would agree on that. Lol!

      Delete