Degree's Starter with ICOS18

"we can't understand english very well,
 can you explain in arabic?"

***


sebenarnya aku rasa tak perlu ada pun post khas untuk program ICOS18 ni dalam blog. tapi disebabkan ada benda menarik yang aku masih rasa teruja dan perlu untuk cerita, so aku tulis je la dalam blog ni. sebab sebenarnya nak cerita dalam whatsapp story je tapi macam tak seronok!

alang alang boleh la buat kenangan sekali kononnya nanti masa final year boleh throwback balik bila baca post ni, first program masa first year degree dulu. kahkah

so yeah aku cerita terus je la eh.

program ICOS18 ni basically ada tiga session. pagi, petang dan malam. yang aku nak cerita ni benda berlaku masa morning session, iaitu untuk aktiviti Informative & Interactive Booth.

untuk program ni aku jadi komiti under biro Prep & Tech. tapi since pagi tu ramai komiti lain ada kelas dan komiti usher sendiri pun tak ada, jadi brother Waasi (programme manager) pun tugaskan lah semua komiti yang ada untuk usher students.

dalam ramai ramai students yang aku approach untuk pergi booth, ada lah dua orang brothers ni yang aku akan ingat pengalaman bercakap dengan diaorang sampai bila bila sebab unik! (yelatu ingat sampai bila bila kita tengok berapa lama memori ni boleh bertahan.)

satu fakta yang kau orang perlu tahu, sebenarnya nak approach international students ni lagi senang daripada local students tu sendiri (#donekonfes). basically salah satu faktornya adalah sebab diaorang memang akan tunjuk yang diaorang kuriyes dan nak tahu program pasal apa, cukup tengok muka diaorang je kau dah boleh tahu.

jadi cerita dia masa tu aku approach dua orang brothers ni. diaorang tak nampak macam rushing so aku minta izin sekejap nak cerita pasal program ICOS ni. diaorang pun okay je so aku explain la dari A sampai Z.

sampai waktu aku nak explain pulak pasal ballot paper untuk kegunaan vote for the best officer tu, tiba tiba salah seorang daripada brothers tu cakap

"ah, sorry. we couldn't understand what you've said because our english is not good. maybe you can explain it in arabic?"

aku terkejut jugak lah masa tu dan ofkos aku tergelak sebab aku dah habis explain baru dia cakap yang diaorang sebenarnya tak faham sangat english....

aku nampak brother lagi satu pegang fail dia yang berisi kertas dengan tulisan tangan bahasa arab. jadi aku tanya la

"where you guys come from? which country?"

"China! we are from China."

okay ni firstime jumpa students dari china yang tak power cakap english tapi power bahasa arab. helo kool gila? aku punya teruja tu like

"you guys can speak in arabic?!!"

"yaa, we learn arabic.."

aku macam buntu at first sebab dah diaorang tak faham english so aku patut buat apa sekarang ni. aku cakapla dekat diaorang yang aku boleh cakap arab sikit sikit je tapi kalau nak explain semua ni dalam bahasa arab, i cannot! (masa tu menyesal gila sebab tak power cakap arab kalau tak mesti sekejap je benda ni boleh settle. ok tak baik berkalau kalau astaghfirullah sahabat.)

belum sempat aku fikir apa nak buat lepastu, terus brother tu keluarkan handphone dia dan bagi dekat aku. dia cakap,

"maybe you can use this...."

wow baru aku terfikir tentang aplikasi translation, tapi seriuslah diaorang nak berkomunikasi segigih ini?

pastu aku ambil lah henfon dia dan ready nak type. masa tu aku macam blank gila tak tahu nak start explain daripada mana dulu since aku kena pilih point yang paling penting je untuk tulis sebab tak nak ambil masa yang lama.

jadi ayat pertama yang aku tulis ialah.....
okay sebenarnya aku pun lupa.

tapi sepanjang aku type satu satu perkataan tu, diaorang berdua berdiri sebelah kiri dan kanan aku untuk sama sama tengok apa yang aku type. khusyuk gila serius. setiap kali aku habis tulis satu ayat diaorang punya respon like

"Ooooo!"

pastu diaorang akan cuba explain balik dalam english dan aku pula yang gigih untuk fahamkan. basically aku mengiyakan je lah (kahkah helo saya lapar). cukup aku tulis dua ayat je dalam translation english to chinese tu, diaorang faham dah pasal booth tu. so next ialah aku nak kena explain pasal pulak macam mana nak vote for the best officer pakai ballot paper tu.

basically voting ni sepatutnya buat sendiri sendiri, sebab iyalah undi kan rahsia?. tapi untuk kes ni, aku kena bimbing diaorang untuk explain dari satu officer ke satu officer (from AMAD to SRC), explain tentang function officers tu etc. kemudian waktu tu jugakla diaorang diskus dan tick terus depan aku Lol!

aku tergelak tapi sebenarnya dalam hati terharu gila pls sebab diaorang gigih!
*wipetears

since officer yang pertama ialah AMAD (Academic Management and Admission Division), aku cuba la explain function AMAD dalam english tapi diaorang tak berapa nak faham. jadi aku pun translate lah ke arab dengan suka hatinya

"AMAD is like, hafiz dirasah al jami'ah! taking care of our academic..."

dengar perkataan arab tu diaorang tergelak dan baru lah "oohhhhh" serentak macam choral speaking, dan ofkos they were expecting more arabic terms tapi ilmu komunikasi arab aku sangatlah terhad tsk tsk.

lepas setel dekat voting paper tu, aku pun bawak la diaorang register nama untuk starpoints, dan terus ke voting table untuk letak kertas undi tadi ke dalam kotak undi. pertemuan kitaorang di akhiri dengan ilal liqa', ma'assalamah. rare betul kan chinese cakap arab ni!

aku memang memaknai la perkataan ma'assalamah tu sebab aku berharap untuk jumpa diaorang lagi tapi aku yakin tu la kali terakhir aku ingat muka diaorang. sebab basically dari sudut pandang mata aku yang dua ini, muka international students semua sama je. aku belum power untuk membezakan diaorang semua melainkan kalau aku kenal betul orangnya.

so yeah satu perkara yang aku sangat kagum dan teruja dengan diaorang ni ialah, diaorang sebenarnya boleh je minta izin nak pergi dari situ instead of dengar explaination aku yang diaorang pun tak berapa nak faham mula mula tadi. yelah bila dua pihak bercakap dalam duck and chicken language, apa yang kau boleh expect?

tapi menariknya diaorang lebih memilih untuk stay dan slow slow pahamkan tentang program ICOS tu siap pakai apps translation dalam henfon lagi! segigih itu yall, nanges. kalau aku kat tempat diaorang, memang aku tak tunggu dah untuk benda benda macam ni. baik aku balik je.

itulah istimewanya international students ni bagi aku.

macam aku cakap tadi, nak approach international students lagi senang daripada local students. some of them ada yang berdiri tengah tengah booth untuk tunggu komiti usher approach diaorang dan ceritakan pasal program. kau tak payah cari diaorang, diaorang datang sendiri cari kau untuk explain.

apa yang aku nampak diaorang ni kalau macam kuriyes event apa yang tengah berlangsung, diaorang memang akan tanya terus instead of jalan je tak tahu apa yang jadi.

tapi jangan salah faham pulak aku tak maksudkan local students ni tak bagi kerjasama ke apa. semua okay je. cuma international students ni lebih mudah sikit la sebab tengok muka diaorang pun kau dah boleh agak they are the right persons or not untuk di-approach.

dalam banyak banyak cubaan untuk approach biasanya approach international students lah paling banyak berjaya kahkah. terima kasih semua!

***


habis cerita untuk perkara menarik yang berlaku masa morning session ICOS2018.

sejujurnya dalam banyak banyak program yang aku jadi komiti masa setahun cfs dulu, aku dah lama tak rasa puas dan gembira bekerja sampai lah dekat ICOS ni. mungkin sebab ni ialah suasana baru dan jumpa pulak dengan orang orang baru atau mungkin sebab dah lama cuti daripada berpogram?

entahlah.
i just had a great time alhamdulillah.

ICOS ofkos akan jadi program pertama aku yang lain daripada yang lain sebab ini lah pertama kali aku bekerja dengan international students.

kau tahu, masa meeting pertama haritu, masuk je bilik SRC, 85% of the committees yang ada ialah international students. brothers lagi lah, tak payah cerita. masa tu satu melayu pun tak ada. serius masa tu rasa macam ok betul ke program yang kita masuk ni geng.

risau pun ada memula like boleh masuk ke kita ni. tapi sebab ada geng first year gak so just follow the flow. tengok je lah apa jadi nanti baik ke buruk yang penting at the end dia jadi experience jugak kan (eleh positifnya!) and not knowing that it would be this good.

basically kalau aku boleh simpulkan life sebagai dak degree untuk minggu kedua first year ni ialah,

i just love iium because it has international students.
ah gitew.

i'm happy for that & aku harap perasaan ni berkekalan lah sampai ke tahun akhir kahkah ameen ya Rabb *tadah tangan tinggi tinggi ke langit

basically kerja buat program dengan diaorang sangat seronok. selain dapat kenal macam macam orang, seniors terutama, communication skills tu secara automatik dia akan improve. lagi lagi untuk bercakap dalam english.

it's a good thing la actually dan kalau lepas ni ada peluang untuk bekerja lagi dengan international students, we have to grab the opportunity. experience tu mahal.

aku ingat lagi brother Imran Imon cakap (dia vice president untuk international students society dalam kuliyyah econs),

"among us there's no international students or what not. we're all same, we're one."

yas true brother. together we make the world a better place!


untuk yang bertanya macam mana aku boleh join program ni untuk jadi komiti, ia bermula masa aku terjumpa advertisment committee recruitment yang di-post oleh akaun SRC IIUM.

masa tu tengah cuti, dan aku tengok tarikh program ICOS ni akan berlangsung masa minggu kedua semester bermula. so ramalan aku (sang peramal kofff) waktu ni mungkin belum busy dengan esaimen so boleh lah kalau nak join program pun tak menganggu sangat.

yelah kan cita cita semua orang masa first sem first year ni tak nak busy dengan program, nak fokus belajar kan? sebab beriman dengan statement

"maintaning pointer is easier than raising it"

basically masa isi form untuk jadi komiti haritu aku tak tahu pun program ICOS ni sebenarnya pasal apa, tapi aku isi je. first sebab tarikh program tadi, second sebab ni program SRC. eksaited gila sebab rasa macam dah besar sebab dah boleh join program SRC wahhhh kahkah

dak freshie sangat.

basically ICOS ni ialah kempen untuk mendekatkan students dengan staffs dan staffs dengan students. kalau sebelum ni students don't know exactly how and to whom they can channel their complaints and comments, melalui kempen ni diaorang akan dapat pencerahan dan dapat jumpa direct dengan respective staffs melalui aktiviti aktiviti yang ada sepanjang ICOS18 yang berlangsung pada 12 September.

bagi aku, organizing this campaign is a good idea la ekceli sebab membuka ruang untuk students complaint direct masalah diaorang dengan staf dan officer uia, nak minta pencerahan untuk isu apa apa ke, anything boleh settle terus dan tindakan susulan boleh terus diambil.

nice kan?

all in all, thanks to SRC & all committees.
till we work again in the future inshaAllah!

its aaa wrapppp!
i just realised this is actually a KENMS family photo!
thanks member first year yang sapot datang program pagi dan malam, termasuk yang tak ada dalam gambar.
may Allah bless!
the most favourite SRC member, sister Arini. basically aku suka dia sebab aku suka tengok muka dia dalam poster & banner SRC. muka dia nampak international student sangat kahkah comel!

0 Comments