Rekomen Buku 8 - Cerita Hilang

"Kau pernah kata kepadaku bahawa kau tidak pernah percaya membaca itu adalah hobi. Hobi adalah sesuatu yang dibuat ketika masa lapang.

Tetapi membaca adalah sebuah kehidupan; kita tidak boleh menunggu masa lapang untuk melakukannya.

Membaca kata kau, satu keperluan".

***

Disclaimer : review kali ini, aku cuma akan ulas satu bab je bukan keseluruhan buku seperti review lain.

sebelum ini, pernah sekali aku ternampak iklan di instagram iman publication ketika mereka sedang mengajak orang ramai untuk berkongsi cerita "hilang" mereka untuk dimuatkan dalam buku ini nanti. karya yang terpilih saja ofkos.

aku berminat jugak untuk menyertai tapi bila difikirkan, aku nak cerita apa tentang hilang? apa yang hilang? jadinya aku scroll ke bawah jelah.

sampailah satu hari tu, aku dapat tahu yang buku ini dah siap pun, memuatkan karya-karya yang terpilih.

aku selalu beli buku yang dikeluarkan dan yang dijual oleh iman publication, tapi jarang sekali lah aku beli buku yang isinya tentang cerita-cerita orang begini. aku kurang berminat untuk baca.

kata tak minat tapi kenapa beli jugak? kahkah dasar tak ada konsistensi

pertamanya aku beli buku ini sebab salah seorang yang karyanya terpilih, adalah seorang yang aku kenali. namun itu bukanlah faktor utama.

yang menjadi sebab utama ialah sebab ada promosi daripada salah seorang penulis "Cerita Hilang" ini, dengan harga RM20 saja daripada RM25. aku punya masalah memang mudah terpengaruh, jadi tanpa perlu berfikir panjang aku pun dengan pantasnya bersetuju untuk beli.


***

Cerita Hilang.
cetakan pertama April 2018.
terbitan Iman Publication SDN. BHD.
RM25.


kaver depan

kaver belakang

seperti judulnya, buku ini menghimpunkan kisah-kisah "hilang" tujuh individu. yang pastinya daripada cerita mereka itu, pasti ada 'ibrah atau hikmah yang nak dikongsikan bersama.

aku tak boleh nak ulas panjanglah tentang buku ini since daripada tujuh cerita yang dikongsikan, aku cuma baca satu saja, iaitu karya daripada Usaid Asmadi.

aku bukan jenis yang suka lompat-lompat bab bila membaca, apa pun caranya aku akan baca jugak daripada awal sampai habis, sekurang-kurangnya kepuasan itu ada dan secara keseluruhan aku tahu buku itu tentang apa.

tapi mungkin prinsip aku itu tak applicable untuk buku ini since dia ada tujuh bab atau cerita, so kalau aku skip mana mana bab pun tak beri kesan pada bab seterusnya sebab ianya cerita yang berbeza daripada penulis yang berbeza.

so yeah kerana nak mengikut prinsip aku tadi tu, aku pun mulakanlah bacaan buku ni dengan bab pertama. tapi lepas baca banyak muka surat, aku akhirnya berhenti sebab aku tak jumpa-jumpa di mana pointnya.

iya aku memang tak sabar, aku nak cepat habiskan sebab dalam kepala aku, ada satu buku yang aku memang dah lama menghitung hari untuk baca sejak final exam. disebabkan buku tu tebal, jadinya aku pilih untuk baca Cerita Hilang dulu.

dipendekkan cerita lepas lama meninggalkan buku ni, akhirnya harini aku kembali buka untuk baca bab yang ditulis oleh Usaid Asmadi.

aku tak tahulah panggilan apa yang sesuai untuk saudara ini, walaupun orang ini sama dengan orang yang aku kenal dua tahun lepas dengan panggilan abang usaid, tapi hari ini aku seolah-olah kenal dengan orang lain pula yang namanya Usaid Asmadi.

anggap saja ini tanda hormat aku pada sosok ini selepas mengenalnya semula daripada abang aiman baru baru ini, jadi kalini biar aku sebut bro Usaid saja (hestek uia).

jadi iya, buku ini aku beli daripada bro Usaid sendiri dengan harga promosi yang aku sebut tadi. COD di UM, kakak aku yang ambilkan. kakak aku tanya "nak minta sign tak?" jawab aku "kalau dia nak bagi, dia bagila." fikir aku, kalau beli buku terus daripada penulis bukan semestinya ada autograf?

waktu buku ini sampai pada aku, aku selak kulit buku nak tengok dapat sign ke tak, tapi tak ada.

satu hari bila aku bukak di bahagian karyanya yang diletakkan akhir sekali, rupanya ada autograf yang ditinggalkan.

secara peribadi, autograf penulis memberi makna yang luar biasa bagi aku. selain tandatangan, kau juga seperti mengharapkan doa melalui kata kata yang akan dititip daripadanya.

kita lompat terus ke ms 181.
selain caption facebook, instagram dan status whatsapp, ini pertama kali aku baca penulisan rasmi bro Usaid.

luar biasa sekali, tidak padan dengan umurnya yang cuma lebih tua setahun daripada aku. penulisannya kemas dan tersusun, padat dengan isi dan cara penulisannya cantik.

terbaiklah senang cakap, sedap untuk dibaca. aku tidak pasti cara penulisan begini merupakan bakat yang diasah atau memang gifted.

warkah ini ditulis dari seorang teman, yang menyaksikan sendiri seluruh kehidupan seorang manusia ini bagaimana. jatuh bangunnya, kekecewaannya juga kegembiraannya.

siapa teman yang setia itu? 
dia ialah peribadi lama yang telah hilang daripada tubuh manusia itu, manusia yang kini memiliki peribadi baru, tidak seperti dulu.

basically, it's a story about bro Usaid himself.

aku sangat tertarik dengan satu bahagian yang menjelaskan tentang sebab apa kepayahan untuk hadam sesuatu ilmu itu hadir. kali ini hujah yang diberikan bukan lagi tentang nasihat imam Al-Waqi' iaitu guru kepada imam Syafie yang kita selalu dengar iaitu "ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada pendosa", أو كما قال.

bro Usaid dalam warkah ini berkongsikan 3 sifat akal yang dipetik daripada buku Falsafah Hidup tulisan Buya Hamka.

aku jadi teringat masa semester akhir baru-baru ini, aku ada masalah 2 kali tertidur dengan tidak sengaja dalam kelas mathematics. bukan sebab bosan, tapi aku tahu itu silap aku, benda ni semestinya terjadi bila aku tak tidur malam. 

aku tak ada pilihan sebab siang sampai malam hidup aku untuk belajar sambil berprogram, pukul 12 pagi baru boleh mula ulangkaji. jadinya aku minta tips pada classmate aku yang 4 flat setiap sem merangkap sahabat aku, macam mana nak bagi tak tidur dalam kelas.

jawapannya ringkas, "kita kena ada passion untuk belajar ilmu tu".

memang benar apa yang dikatakannya, dan dihuraikan juga secara ringkas oleh bro Usaid dalam penulisan ini.

menarik bukan? korang kena baca!

aku kira warkah ini kandungannya sangat dekat dengan jiwa aku. tentang itu dan ini, lebih lebih lagi bila disentuh tentang kerja sukarelawan.

jujurnya, aku mencemburui sosok yang aku hormati ini iaitu bro Usaid. di usia muda ini telah banyak kerja sukarelawan yang dilakukan, menjadi pengasas kepada sebuah projek dan banyak lagi. 

iya benar, taklif wa la tasyrif. bukan pujian orang atau nama yang kita cari daripada kerja sukarelawan begini.

kata bro Usaid, kalau Rachel Corrie itu jauh sekali untuk kita jadikan idola dan jadi sepertinya, maka ambillah abang Aiman Khairul Azzam sebagai idola dan mencontohinya. abang aiman memang telah lama menjadi role model untuk aku.

namun jika merasakan abang aiman juga terlalu jauh, ambil saja bro Usaid ini sebagai contoh, yang mana daripadanya aku mendapat 'ajakan' untuk memberi sebanyak-banyaknya bermula dari saat ini.

menjadi seperti mereka bukan mudah, kerana situasi aku tak sama dengan abang aiman dan usaid.

peluang untuk turun ke lapangan terbuka luas cuma ketika aku berada di universiti, kerana bila waktu cuti dan pulang ke rumah, pergerakan aku jadi terhad. lebih lebih lagi sekarang tanggungjawab di rumah bertambah dan aku diberi amanah untuk menguruskannya.

dah sebulan cuti tapi aku memang tak keluar ke mana mana. sakit juga bila teringatkan janji aku pada abang aiman untuk berkhidmat di MyCare lepas habis asasi ini. iya benar, kita hanya mampu merancang.

tidak, aku tak mempersoalkan takdir, aku tahu ada hikmah dan aku tak perlu sedih pun. sebab aku percaya, kita setiap orang punya jihad yang berbeza-beza.

lalu melihatkan semangat bro Usaid ini, aku jadi tidak sabar untuk melangkah kaki ke degree pula nanti. inshaAllah.

mungkin sekarang Allah nak suruh lihat, belajar dan rancang dulu dengan tersusun.
Allah tahu dan moga Allah bantu.

inshaAllah, semoga aku tak give up.


***

mungkin membazir kalau kau orang nak beli buku ni semata-mata untuk baca satu bab je macam aku, so kalau korang nak baca jugak pinjam sajalah daripada aku.

ataupun lebih baik kalau beli dan baca semua bab. 
kita kan orang yang berbeza, cara kau mungkin tak sama dengan aku.

so yeah, aku rekomen korang baca buku ini terutama karya Warkah Teman yang Setia dan kenalilah juga Usaid Asmadi.

kau pasti akan dapat sesuatu.
inshaAllah.

konklusi aku, daripada mencemburui gerak kerjanya, lebih baik belajar sesuatu darinya dan jadikan inspirasi. 

bertindaklah dengan cara yang menguntungkan!

1 Comments

  1. terima kasih atas review buku cerita hilang. Dapatkan lebih banyak buku menarik dari kak Iman di imanshoppe.com

    ReplyDelete