Rekomen Buku 1 - Lelaki Terakhir Menangis di Bumi

kali pertama nak buat review buku dan rekomen di blog.

cerita dia harini aku tunggu giliran lama gila untuk driving class. disebabkan aku dah jangka benda macam ni pasti akan berlaku lagi,jadi aku pun bawalah satu buku untuk dibaca. yes,kena tunggu lelama masa driving class ni memang benda biasa,apatah lagi nak tunggu test jpj. tapi test jpj tu kau tak heran sangat pun berapa lama nak tunggu sebab neves gila,bawak buku pun tak terbaca.

sadly buku ni ialah buku pertama yang aku habis baca untuk 2017. sebenarnya aku dah lama berhenti daripada baca buku selain buku sekolah sejak spm dulu. tapi adalah tewas juga dengan beberapa buah buku, antaranya yang paling best aku ingat Kerna Syurga Bukan Percuma tulisan Najmi Fetih.

tapi buku yang aku nak cerita hari ni bukanlah yang itu. buku yang aku nak rekomen ni aku kira femes jugalah dan aku merasa kebertanggungjawaban dan satu kemestian untuk aku rekomen korang baca buku ni.

buku apa?

Lelaki Terakhir Menangis di Bumi tulisan Musa Nuwayri.
Cetakan pertama pada tahun 2015.
Kini sudahpun masuk cetakan ketiga.
Dikeluarkan oleh DUBOOKPress.
RM25.

kaver depan.

kaver belakang.

aku kira buku ni layak untuk masuk list buku must-read untuk semuaorang. ia cerita tentang seorang pemuda yang berjaya menubuhkan satu organisasi di usia yang sangat muda untuk bantu pelarian-pelarian Syria di negara Jordan. selain mengenali penulis sendiri,banyak benda yang kau akan tahu tentang saudara Syria kita daripada buku ni.

kau bayangkan masa duduk kat pejabat driving class tu pun aku boleh menangis baca buku ni. wallahi,sedih sangat. dalam masa yang sama kau akan rasa totally menyesal dengan diri kau yang tak bersyukur dengan apa yang kau ada dan tak buat apa apa pun untuk saudara syria yang merupakan tanggungjawab kau sendiri.

pedih.

koyak.

musa nuwayri memang benar seorang pemuda yang hebat. orang seperti dialah seharusnya kita orang muda mengambil inspirasi. bagaimana dia benar benar menjadi seorang pemuda yang disebut oleh Imam Hassan Al-Banna "aku merindui pemuda yang tidak tidur malam kerana memikirkan masalah umat", musa ini adalah satu di antaranya.

masa jiwa aku tengah menyelami cerita pelarian syria dalam buku tu,aku perasan pakcik india yang duduk sebelah aku dia pun baca apa yang aku baca. pastu dia senyum dan aku pun balas senyuman dia dengan mata yang berkaca (yang ni aku tak main main siyes pakcik tu mesti kesian tengok aku apahal la sedih sangat budak ni)

buku ni saiz dia sederhana - tak besar dan tak kecil. muat jugalah nak masuk beg jalan-jalan aku yang kecil tu. ketebalan dia juga boleh tahan,tapi satu hari je kau boleh habis baca. macam aku,satu buku tu habis kat pejabat driving class tu je (citer dia lama kan aku tunggu turn sobs)

so kat mana nak dapatkan buku ni?
yang aku punya ni aku beli dekat kedai buku Borders,IOI City Mall. aku yakin inshaAllah mana mana kedai buku ada je jual buku ni.

so selamat membaca gais
moga bermanfaat.



***

Kemanusiaan itu berasal daripada perkataan manusia. 
Jadi seharusnya manusia lah yang merajai kemanusiaan tersebut bukannya menjadi asbab matinya ia.



3 Comments