Welcoming New Experience
Rabu - 18/3/15
time ni tengah conduct penutup untuk Program Cuti Sekolah 1.0 (PCS) yang kiteorg buat untuk dak dak sekolah rendah. kebetulan time tu fon letak atas meja and betul betul depan mata. tengah break sekejap pastu tetiba nampak ada notification wasep naik,dari abah.
"Tahniah Dayana"
and aku cam wah seriyesly abah ucap tahniah sebab program kiteorg buat ni berakhir dengan jayanya? mana abah tahu? abah tengok gambar ke? jadi aku pun terus slide notification tersebut sebab eksaited nak tengok kot kot abah ada hantar gamba ke apa.
.
.
.
okay. time tu serius tak kelakar :') speechless sebab tak percaya and sebab benda ni sangat tiba tiba. pastu terus tunjuk kat hibah sebab dia ada kat situ. she was shocked of course and happily congratulate me. citer dia benda ni sangat shocking,sebab first intake dah lepas. and aku tak pernah tahu pulak ada second ke third intake? and aku pun dah redho habis and dah tak larat sedih (plus nangis lol..) sebab tak dapat masa awal tahun. (time tu hibah dah masuk maahad dah,first intake)
p/s : maahad yang diceritakan ialah smka maahad hamidiah,kajang
citer dia time tak dapat tu sedih gakla sebab dua orang kawan aku dapat,tapi aku tak dapat surat pun? pastu mula la persoalkan tak layak sangat ke aku ni T_T and orang pulak asyik tanya je kenapa orang lain dah masuk tapi aku belum? patutnya orang faham faham je la dah kalau tak masuk tu tak dapek la maksudnya haih :') acah sangat tapi faktanya aku dapat third intake maybe sebab ada gred D dalam result PT3 sedangkan sekolah terima at least gred C. (D tu senanya nak tunjuk betapa tak minatnya aku dengan subjek sains wallahua'lam). and second sebab kelas sastera kat maahad time tu tak ada kosong. lepas ada orang pindah,baru lah aku dapat panggilan dan surat.
malam tu dengan sesedih wasep semuorg cakap harini rupanya hari last kita jumpa,since masa tu cuti sekolah. start sekolah balik nanti terus masuk maahad. drama sangat pls.
Few days before 18/3
certain orang dah tahu yang aku apply maahad untuk pindah. and jzkk to some of them yang pujuk jangan pindah :') terutama adik adik usrah yang paling tak boleh lupa. ada satu masa tu aku tengah kemas kemas kelas (ecece) pastu rasa macam ada banyak mata perhati aku dari tingkap? rupanya adik adik usrah aku datang menjenguk. aku pun keluar la kejap nak mengadap dieorg,pastu kelakar gila sebab muka dieorg sebak tahan nangis,ingatkan kenapa. rupanya dieorg reramai datang untuk pujuk supaya aku tak pindah. tapi sebenarnya aku yang pujuk dieorg lebih tau. pastu each of them ada la bagi surat and kad kad kecik.
nah secebis aku kongsikan :') |
kadang aku terfikir juga,aku rasa aku tak layak langsung dapat adik adik usrah yang sudi layan aku macam ni. nak cerita tentang dieorg perlukan satu post khas. tapi aku nak cerita jugakla satu benda ni bila salah seorang daripada adik usrah aku dia tukar profile picture fesbuk dia pakai gambar aku. gambar tu ekceli gambar mirror selfie kiteorg reramai kat cermin coolblog,tapi dia crop tang muka aku je pls,kelam kabut gila contact nak suruh dia delete sepantas kilat :') tapi aku still appreciate jugak benda tu and screenshot lah satu sebagai kenangan.
Jumaat - 20/3/15
aku pegi al amin sorang sorang untuk pack buku buku and kemas meja sebelum pindah. tak ingat la masa tu rasa apa tapi sedih ofkos ada lelagi bila tengok kelas. sebab time tu kiteorg struggle dahsyat gila hias kelas untuk dapat nombor satu. and yes we did it alhamdulillah,dapat nombor satu and dapat kfc seperti yang dijanjikan guru kelas hoho. last day kat al amin,ofkos setiap sudut nak selfie :')
(selfie je mampu sebab alone)
our class theme was Taimiyah Airlines herher |
nak gempak aje dulu hahaha |
class members's names. |
Isnin - 23/3/15 - D-day.
pagi tu eksaited. sebab happy pindah sekolah,pengalaman yang aku baru first time nak rasa lepas hampir 9 tahun lebih berada dalam kepompong tarbiyah al amin. (amboi kepompong,sebenarnya aku lah rama-rama cantik yang disebut dalam lagu Don't Go tu). macam biasa,kalau hari tu ialah hari yang penting,mesti pagi tu kelam kabut. tak berubah even sampai hari ambil result. tudung sekolah putih yang aku baru beli tu tak cantik so terpaksa iron lelaju tudung form 1 untuk pakai. so first day masuk maahad dengan tak segannya pakai tudung yang ada logo al amin. dasar takleh move on betul budak ni :')
kul 8 lebih dengar taklimat kat pejabat pastu daftar. then cikgu bawak masuk kelas. time tu aku selamba je duduk not knowing kelas tu kena buka kasut. few minutes lepas tu baru kawan sebelah (hai izzah sataq) dia bagitahu senanya kasut kena buka,susun kat belakang,sambil gelak gelak. aku pun macam oh,eh haha sori pastu gi belakang buka kasut. tak malu pun time tu sebab eksaited pindah sekolah belum habis lagi!
then few weeks berlalu dengan lambatnya. dah masuk minggu kedua,and aku still nangis lagi sebab nak keluar maahad balik,kisah budak lonely dan tak boleh move on. drama. tak kelakar sangat pls setiap kali balik sekolah mesti merajuk sebab rebel nak masuk al amin balik. ada satu malam tu nangis depan mama abah masa tengah dinner. mama nak makan pun sampai tersedak dengar luahan aku. abah pun jadi konfius,dulu time tak dapat masuk,nangis. sekarang bila dah masuk,nangis nak keluar balik. apa yang siti dayana zawani ni nak sebenarnya?
gigih la juga family pujuk. nenek aku siap cakap dia nak datang waktu rehat bawa makanan untuk aku makan. sebab aku cakap kat sekolah takde kawan. childish sangat cerita ni tapi tak sanggup nak ulang balik hahahahaha losernya i. belum masuk cerita part aku tiap tiap petang datang al-amin lagi. dasar budak takleh move on part two.
part tak boleh bla is masa pepagi time tajdid niat sebelum gi sekolah. biasanya pepagi dalam kereta aku akan niat dalam hati "aku ikhlas keluar rumah nak menuntut ilmu kerana Allah,kalau aku mati sebelum aku balik rumah,bagilah aku mati atas jalanMu ya Allah". tapi bila baru pindah maahad,tajdid niat aku berubah menjadi "ya Allah,aku tak redho perjalanan aku ni ya Allah" AMBOI SANGAT kau fikir kau siapa nak cakap macamtu? yang ni la cerita paling loser dan tak sanggup nak ingat pastu tak malu cerita dalam ni.
niat tu berkekalan la jugak beberapa hari sampaila hari aku cuba untuk move on. one day baru aku sedar yang takdir ni dah takleh diubah. aku dah keluar al amin and thats it. so aku mula pasang azam baru. aku cakap kat diri aku untuk tak menjadikan semua kesedihan ni sia sia. (sebenarnya masa tu aku sebut sedih tu sebagai derita hahahaha hiperbola sangat pls) so aku pun tanamla azam (kesian azam kena tanam). untuk tak menjadikan pengorbanan aku untuk survive selama dua tahun ni tak sia-sia,aku jumpa satu cara iaitu dengan peroleh kejayaan. time tu memang tekad gila,semangat dia macam nak balas dendam tau lol. jadi itulah azam aku yang pertama di maahad hamidiah.
rugi la kan kalau sedih je tapi at the end tak dapat pape. so dari situ la bermula cerita aku move on. cerita aku boleh terima semua orang and semua benda yang ada kat sekolah ni. hari demi hari,bulan demi bulan dan tahun seterusnya makin bahagia dan dah boleh adapt dengan suasana baru. tengs warga maahad sebab sudi terima saya yang marhaen ini.
ada satu masa tu dalam 2016,aku cakap dengan kawan aku "rasa cam dah lama kan kita masuk sini tapi senanye baru setahun lebih" dan dia pun mengiyakan aku, "haah,aku rasa cam dah lama kenal kau". ececeh. cuti seminggu pun boleh rindu kat dieorg hoho sebab time tu spm dah dekat so emosi sangat tidak stabil mohonlah faham.
and alhamdulillah. everything went well and aku kira aku berjaya survive? tiadalah kekuatan aku tanpa kekuatan Allah. tak terkira banyak terima kasih untuk Allah terutama and mama abah serta keluarga yang sabar gila layan perangai kebudak-budakan aku dulu. also to my one & only friend and bestfriend yang aku ada masa baru masuk maahad dulu,you know who. tapi senanya the reality was kiteorg berdua jarang jumpa sebab kelas lain lain :')
dulu eksaited sangat bincang bab bab pindah ni tak tahu lah kenapa. maybe sebab akhir tahun form 3 lepas PT3 tu aku dan kawan kawan seronok sangat cakap "tak sabarnya nak pindah" pastu sebut la sekolah sekolah yang kiteorg teringin nak masuk. hamasah membuak buak nak try pengalaman baru. maka ramai lah antara kami yang akhirnya pindah kecuali seorang ni hahahaha (hai farah).
banyak aku belajar sebenarnya dari pengalaman ni. one thing is bila aku sedih gila masa first first tak dapat masuk time first intake dulu. aku persoalkan kat Allah kenapa aku tak dapat? banyak benda aku mengadu dan merintih,dalam masa yang sama aku minta kat Allah supaya bagi juga juga. dan aku minta juga supaya Allah jadikan aku redho kalau tak dapat. kemudian bila aku dah redho,tiba tiba Allah bagi. Allah sebenarnya nak tunjuk,yang Dia sebenarnya bukan tak nak bagi,tapi dia hold dulu permintaan aku sebab nak tengok aku minta lagi dan lagi. and at last,benda tu hadir juga.
wakaana wa'du Rabbi haqqa.
dan sungguh janji Allah itu pasti.
:')
***
Galeri 2015-2016
classmates sebelum pindah - 4 Ibnu Taimiyah |
first class portrait with the Ghazalis yang masa ni tak cukup member (muka aku kena tutup dengan fotographer) |
kenangan terindah bila dak dak alamin datang maahad untuk join karnival kerjaya, bawak dieorg melawat kelas kelas form 5 :) |
awal awal pindah dulu rajin jugakla datang join usrah dengan adik-adik hehe (awal awal je) |
ok yang ni classmates yang cukup 37 orang,my classmates for those two years. Ghazali 15/16. throwback last day SPM2016. |
my group meja - gambar tak centre sebab pakai timer je lol |
0 Comments