Sama-sama Berjaya

basically aku pernah plan nak tulis pasal benda ni dulu lepas ambil result spm. tapi tak menjadi kenyataan pun since aku rasa tak ada keperluan lagi untuk aku cerita atau dalam kata lain, waktu tu tak sesuai untuk aku share cerita ni sebab dah pertengahan sekolah.

sampaila aku jumpa tweet ni masa scroll twitter,



aku ingatkan isu macam ni dah tak wujud, rupanya ada lagi. jadi meh sini adik adik sekolah menengah aku nak cerita pengalaman aku dulu. dengan harapan besar korang akan dapat sesuatu daripada cerita aku, kalau tak, aku takkan cerita lah kan.

ok?
bismillah lets begin.

Hai, saya pelajar sains sosial.

aku dulu masa tingkatan 4, ambil aliran sains sastera/sains sosial. tapi aku bermula dengan nama aku didaftarkan dalam kelas sains tulen. cerita dia macam mana nama aku boleh ada dalam kelas sains tulen, adalah sebab sekolah susun nama ikut result pt3. if im not mistaken, begitulah mereka susun. aku tak tahulah exactly mereka susun macam mana, tapi berdasarkan apa yang aku dengar, yang dapat banyak As dalam pt3 mereka letak masuk sains tulen. selebihnya masuk kelas sains sosial.

tapi senarai nama tu hanya senarai kasar. lepas mula sekolah, mereka bagi pilihan untuk kiteorg pilih aliran mana yang kiteorg nak masuk.

so cerita dia time aku awal awal tengok nama aku dalam senarai sains tulen tu, aku dah cakap dah aku nak tukar jugak ke kelas sains sosial. result pt3 aku sudah terang lagi bersuluh membuktikan betapa aku tak minat subjek sains, yang mana subjek lain semua ok, kecuali sains yang mencantikkan slip exam aku dengan gred D. aku tak sedih pun, sebab aku tahu masa form 3 tu memang kemuncak aku tak suka subjek sains.

sekarang, tak ada siapa boleh halang aku ambil sains sosial sebab aku ada alasan kukuh dengan result pt3 sebagai bukti. kah

nak tukar sains sosial bukan senang, berdasarkan pengalaman aku. kat rumah, aku ada abang yang tak pernah penat suruh aku ambil sains tulen jugak jugak walaupun aku tak pernah penat bagitau yang aku tak minat sainssss ya Allah ya tuhankuuuuuu. sampai merajuk la jugak setiap kali cakap pasal benda ni lol tapi apalah yang perlu aku kesah, yang nak belajar tu aku bukannya dia so first of all, semua boleh rilek haha.

(padahal dia dulu pun ambil sains sosial jugak kat sekolah zzz)

tapi aku faham la intention dia. setiap abang kan nak yang terbaik untuk adik adik dia *kofkof mata ke atas*. dia cakap la kalau ambil sains tulen, peluang nak sambung belajar ke kerja ke lagi banyak bla bla bla yang macam korang selalu dengar tu la.

tapi begitulah, yang macam aku cakap tadi, yang nak belajar tu aku. jadi aku kena pilih apa yang aku minat dan boleh survive. (inshaAllah moga aku tak salah memilih jalan).

ada sekali tu dalam kelas, muallim tanya, "siapa sini yang ambil sains sosial?". aku antara yang angkat tangan. lepas muallim nampak aku, beliau tanya "eh, kenapa ambil sains sosial? bukan ke..." aku dari jauh yang awkward dengan respon muallim macam "err kenapa ya ada silap memana ke"

belum sempat beliau habiskan ayat beliau, he ended it with "oh ok, takpe takpe".

that was my first time, rasa macam ada tak kena bila mengaku aku pelajar sains sosial.

***

hari tingkatan empat aku berlangsung dengan gembira, belajar apa yang aku minat. ditambah pulak aku ada member yang sama minat dengan aku, kiteorg sentiasa semangat untuk kelas akaun, ekonomi dan sains. dengan adanya member begini, hidup menjadi lebih semangat yals.

ada sekali tu masa tengah belajar, masa muallimah tengah tulis nota kat depan. aku kira kelas agak hingar bingar masa tu, kiteorg kelihatan macam tak bersungguh sungguh nak belajar agaknya, to the point that muallimah berhenti menulis dan mula menasihati kiteorg (kena marah senanya lol)

antara point beliau yang meninggalkan kesan pada aku hingga hari ini ialah

"antum tau tak orang pandang rendah dekat antum yang ambil akaun ni (or in other words, yang tak ambil sains tulen)? sebab tula antum kena belajar rajin rajin, belajar elok elok, buktikan yang antum pun boleh berjaya jugak"

bruh, to be honest aku tersentak masatu. aku tanya kawan sebelah, "betul ke orang pandang rendah kat kita?" dalam hati aku memberontak, apa yang salah dengan tak ambil sains tulen? apa yang kurang bagusnya ambil sains sosial?

baru aku mula nampak dan sedar yang rupanya pada pandangan certain manusia, ada garisan halus yang membezakan pelajar yang ambil sains tulen dan sains sosial.

sebelum aku sambung cerita, aku nak cakap dulu.

untuk mereka yang tak pernah rasa perasaan di-'diskriminasi' macam ni, korang kira beruntung la jugak takyah kena banding banding. tapi bagi aku, untuk aku yang kena hadap persepsi manusia macam ni, pun aku kira aku beruntung jugak. kenapa? meh aku sambung cerita.

well said,
setiap benda yang berlaku mesti ada hikmah.

Cerita bersambung lagi

akhir bulan tiga, aku pindah sekolah. sekolah yang aku masuk ni ada 5 kelas. between 5, ada satu je kelas sains sosial iaitu kelas aku.

this was where all started.

ada sekali tu masa masuk dewan untuk event apa tah, aku dengar classmate aku cakap lebih kurang camni "yang barisan first mesti dak ibs, macam biasa. pastu ghaza (nama kelas aku, Ghazali) mesti last sekali"

first of all aku sebagai budak baru, tak pernah pun la faham ibs ni apa dan kenapa orang selalu sebut. then aku pun diperkenalkan, ibs ni kelas ibnu sina. antara 5 kelas, ibs ni kira first class la. yang top dalam batch semua dalam ni. and of course, ni kelas sains tulen.

orang tak pernah sebut pun kelas aku ni kelas yang paling last, tapi tulah, that's how some of us and certain people look at our class, only because we take art streams.

ada jugak sekali tu masa kat luar kelas, kebetulan masa tu ada dak kelas lain nak lalu, dan classmate aku bergurau aku kira, dia cakap "eh eh bagi laluan dak pandai nak lalu" and they jokingly bowed to them.

dan banyak lagi cerita yang lebih kurang macam tu, tapi tak dapat aku nak cerita semua.

jujurnya, aku tak suka cara macam tu yang seolah olah merendahkan diri sendiri dan mengagungkan orang lain. tak, aku bukan nak kata kita kena sombong ke apa tanpa peduli orang lain. dan aku bukan nak take it too serious bila kawan kawan aku cuma main main dengan apa yang dieorg cakap.

ya, kita memang kena tengok orang atas, ambil motivasi dan belajar dengan dieorg. tapi jangan sampai merendahkan diri kita sendiri.

at one point kita kena sedar, benda benda macam ni secara tak langsung boleh melemahkan semangat kita jugak, bila kita mula membeza-bezakan diri kita dengan orang lain. apatah lagi merendahkan diri sendiri.

i'm not being salty.

orang yang kita agungkan makin naik, sebab mereka dapat semangat dengan pujian kita. when it comes to ourselves, bila cikgu bandingkan markah kelas kita dengan markah kelas lain, kita cakap yelah dieorg kan kelas budak pandai, kita ni siapa je.

see?
benda benda macam ni lah yang aku maksudkan.

aku tak tau la orang lain rasa apa, tapi dari pandangan aku, memang perbezaan ini ada. aku memang nampak garisan antara kelas aku dan kelas lain.

dan bermula dari situ, aku tanam azam untuk buktikan yang dak sains sosial pun boleh berjaya setanding dengan dak dak sains tulen. mata aku berapi yals. aku dah tak tahan tengok orang asyik bandingkan pelajar dua aliran ni.

ekceli aku tak pernah cerita pun apa yang aku rasa, yelah since aku budak baru nak masuk setahun jagung kat situ, so aku rasa aku lebih layak untuk diam je. kecuali kat sorang je aku cerita, dan luckily, azam dia sama dengan aku. (hai temen hehe)

Ranking dalam batch

berbekalkan semangat yang ada, aku pun cuba letak target untuk dapat top 10  dalam batch masa exam akhir tahun. tu target sebelum exam la, lepas habis exam je aku muhasabah balik then baru teringat exam haritu susah. so aku pun sedar diri, dan tukarla target untuk dapat top 20 dalam batch. aku pujuk diri, tak payah target tinggi2 sangat, nanti tak dapat sedih pulek.

sebenarnya, aku tak pernah kesah pun pasal ranking dalam batch ni. since dekat sekolah lama, ranking kelas ngan batch tak pakai sangat (masa lower form). so culture shock gak la kat sekolah baru ni orang asyik nak tau ranking dalam batch berapa. masa report card exam awal tahun tu, cikgu siap bulatkan lagi ranking batch aku tunjuk kat mama abah, i was like ehem cikgu? that time baru aku sedar, dapat no 1 dalam kelas tak cukup kalau ranking batch jauh di belakang.

jadi daripada situ la aku mula berkenalan dengan encik ranking batch ni, dan slowly usaha nak pikat hati dia. tolonglah jadikan aku yang pertama dalam hatimu!

so misi aku nak buktikan yang dak sains sosial pun boleh perform, mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan rakan sains tulen (adik adik, korang boleh pakai peribahasa ni dalam karangan), adalah melalui dapatkan tempat teratas dalam ranking batch.

kira aku, daripada situ orang boleh nampak, dan cikgu cikgu boleh sedar yang ada sinar harapan dalam pelajar sains sosial mereka. kami juga boleh berjaya, kami juga cikgu boleh harapkan untuk naikkan ranking sekolah.

so result exam akhir tahun pun dah mula keluar sikit sikit dalam SAPS (check result online) tu. setiap hari aku berdebar tengok ranking batch aku yang kejap berubah, kejap tak berubah. dan at last, daripada aku target top 10 kemudian berubah ke top 20, my final rank was 5th over 167 students. Alhamdulillah yang tiada penghujung, aku nangis weh masatu teringatkan sedih sangat perjalanan hidup aku tahun tu huhu.

aku kira ramuan aku (dan juga bantuan dari Allah) akhirnya berhasil untuk buktikan kemampuan dak sains sosial. aku tak pernah lupa momen cikgu announce dalam kelas masa hari pertama sekolah form 5, yang top 5 dalam batch ada dalam kelas kita, kelas akaun, kelas 5 Ghazali, kelas yang orang expect tak se-perform kelas kelas lain.

berbekalkan semangat dan azam yang sama (ditambah dengan azam azam lain yang aku kira aku pernah mention dalam post pertama dalam blog ni dulu), aku cuba untuk maintain dan kekalkan momentum sampaila keluar result spm 2016.

ini yang aku cakap awal tadi, macam mana persepsi orang tentang pelajar sains sosial boleh menguntungkan aku, ini lah dia hikmahnya. kalau orang tak pandang rendah mungkin aku tak ada azam atau semangat untuk berjaya betul tak?

so konklusinya, manfaatkan semua yang ada. kalau orang kata kau pandai, jadikan benda tu sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya. kalau orang kata kau tak hebat, orang banding2kan kau, jadikan benda tu sebagai pembakar semangat untuk kau berjaya dan buktikan sangkaan orang salah.

sedar diri dan bangkit.
kita masih punya masa.
inshaAllah.

***

akhir kata untuk adik adik,

1. yang baru nak masuk tingkatan empat tu, pilihlah aliran mana yang korang minat untuk belajar. tak ada guna pilih aliran yang senang, tapi tak minat. cerita dia dua dua aliran sama je, ada susah ada senang dia. pilih aliran yang korang minat, inshaAllah dengan cara tu korang akan lebih bersungguh-sungguh untuk belajar, sebab korang buat apa yang korang suka. tak perlu ikut kawan, nanti berpisah tu masa kelas je, masa rehat korang boleh berkepit balik ok?

2. untuk adik adik form 4 form 5 yang mengalami perkara sama macam aku, aku harap korang boleh la ambil iktibar daripada cerita ni. jadikan kelemahan kita sebagai peluang dan pembakar semangat untuk terus maju kehadapan. jangan bila orang kata kita tak hebat, kita terus buktikan yang kita tak hebat. make a change, buktikan. semangat pemuda yang berapi Allah bagi tu manfaatkan.

3. letak target, apa yang kita nak. inshaAllah daripada situ korang makin jelas apa yang korang kena buat, sebab korang nampak apa yang korang nak. azam kena kuat, niat kena betul, paling penting usaha kena ada. inshaAllah Allah akan bantu.

4. korang ambil aliran apa pun, tak menentukan result korang macam mana. Allah tak kata pun yang straight As spm cuma untuk dak sains tulen ataupun sains sosial. kita semua sama je. apa yang membezakan kita? usaha ye adik adik, usaha.

okla paling last sekali nak bagitau,
result spm korang tak menentukan result universiti korang nanti macam mana. kalau korang perform spm, tak semestinya perform dalam result universiti. kalau korang tak perform spm, korang boleh je perform result universiti.

it's all depends on your hardwork. ada orang usaha dia berhenti takat spm je, masuk universiti jadi lain. so sangatlah penting untuk sedar diri dan istiqamah. bak kata sir aku,

"Success will become your enemy the moment you forget about it" 
(Sir Fadzly, 2017).

ingat sampai bila bila, jadi muslim,
kena cemerlang dalam setiap perkara yang kita buat.

harap cerita aku ni menyumbangla sikit bagi korang semangat nak sekolah tahun depan kan. so goodluck yalls!

3 Comments

  1. Awak tau tak saya tak pernah tak terhibur klu baca blog awak.. Mcm mn nk constant update bloggg.. Saya tak mampu nk jadi seistiqamah sprti awak

    ReplyDelete
  2. respect to you kak , amazing story

    ReplyDelete
  3. amazing journey for u adik..menarik sgt baca..betui tu..apa pun bidg kite ambil kalau kite tk usaha kuat kuat mest tkbrjaya juga..kene tekad betui dan usaha tanpa henti ...even gagal spm tu pun bukannya ending of life....byk org berjaya dan kaya sbb dia minat buat apa dia suka dan tekad sgt.... btw akak nak share - pd adik2 yg minat nak masuk program diploma pendidikan awal kanak-kanak under UPSI -REGENT SCHOOL bole hubungi akak 011-16930576 utk info

    ReplyDelete