Rekomen Buku 9 - Hiatus [Paid Review]

"Ada kenangan yang kita sangka kita dah lupa, 
rupanya ia cuma tersimpan kemas tak disentuh. Sampai masa ia akan bangun kembali mengejut kotak memori." 


*** 

aku pun macam tak percaya jugak dengan diri sendiri sebab tak sangka satu hari nanti aku akan tulis review juga untuk buku tulisan Budak Tomato. (jangan sampai review ni dapat kat mato pls.)

pertamanya, ini bukan lah buku pertama beliau yang aku baca. aku dah pernah baca buku ESC dan buku keduanya yang ada quotes dalam tu. World ke Love tah tajuk dia? atau WorL(ove)d?

K.

aku tahu je mato ada keluarkan lagi buku lepas buku kedua tu. tapi since aku bukan pembaca setia penulisan beliau, so aku macam tak terpanggil sangat lah untuk beli buku buku mato yang seterusnya. macam konsep brand loyalty tula tapi aku punya kes ni takde author loyalty, ah gitu.

wah sukahati nya buat term baru.

tiba tiba je eh dapat permintaan untuk baca buku ni dan buat review. disebabkan yang meminta tu aku tidak boleh tidak sedikit pun untuk menolak permintaan dia, maka aku pun terima sajalah.

bila je kita mampu untuk menidakkan cinta?
senyum.

jadi dari sudut pandangan aku,
beginilah aku melihat buku Hiatus.

***

Hiatus.
RM28.00.
terbitan Iman Publication SDN BHD.
cetakan pertama Oktober 2017.

cover depan.
aku baru perasan ada bayang bayang kepala lelaki dalam kulit buku ni masa nak edit Lol.
cover belakang.
first of all sebelum kau baca buku ni kau kena tahu dulu lah apa makna Hiatus ni. so setelah aku mencari erti, dapatlah aku tahu maksud dia iaitu - a pause before continue something.

buku Hiatus ni secara mudahnya seperti sebuah jurnal atau diari kehidupan seorang Budak Tomato. satu perkara yang aku tak nafikan menarik tentang Hiatus ni ialah dia membawa kau untuk kenal dengan lebih dekat dengan mato, seorang penulis yang aku rasa ramai nak tahu dia tu siapa dan macam mana kehidupan dia. aku rasa perasaan ni cuma akan hadir kepada mereka yang baca buku pertama mato iaitu ESC, because the curiosity comes from that book.

kalau dalam ESC sebelum ni lebih kepada cerita Qiden dan Chad, dalam Hiatus ni kau mungkin baru boleh relate tentang kehidupan sebenar diaorang ni yang mana mato is actually neither of them (ke aku sorang je yang ingat mato tu chad?) sebab dalam Hiatus ni ada ketiga tiga watak tu - mato, chad dan qiden.

oo baru aku tahu rupanya mato ni bukan salah satu daripada diaorang dan diaorang bertiga rupanya sekawan, plus ada cerita tentang mereka bertiga yang mato cuba rahsiakan tapi nak bagi pembaca geram sikit, dia tak cerita semua, bagi clue sikit sikit je ish. (basically aku kuriyes qiden mati sebab apa.)

selama ni semua orang cuma kenal mato sebagai seorang penulis anonymous, tapi terkejutnya (nak baca sedap sikit, suprisingly!), mato reveal nama sebenar dia dalam buku ni. kau nak percaya tu nama dia yang betul atau tak tu, terserah lah.

selama ni kan kalau kau selalu ingat penulis ni kehidupan dia sama - bahagia dan cuma dihiasi pelangi, kau akan dapati hidup seorang mato ni agak berbeza dan tak macam cerita hidup penulis penulis yang lain. yes it's true that everyone has their own stories, tapi tulah tak nak cerita panjang panjang kau baca dulu baru kau faham macam mana aku nak maksudkan.

kau akan dapati 'satu sisi' yang berbeza tentang mato, selain daripada apa yang dia pernal reveal sebelum ni. itupun kalau benar lah apa yang diceritakan mato dalam buku ni, memang kisah benar tentang kehidupan dia. (tak habis habis lagi dengan keraguan aku ni.)

bila baca cerita Hiatus ni kadang aku rasa macam kesian pun ada, rasa macam weh betul ke dia ni? dan macam macam reaksi lagi yang kau akan alami sendiri bila baca buku ni nanti.

since Hiatus ialah jurnal kehidupan seorang mato, makanya konten dia pun ringan je untuk kau baca. sangat ringan dan satu bab tu tak panjang sangat pun cerita dia. kau boleh habis baca dalam beberapa jam je tak pun dalam sehari. aku baca buku ni masa Taaruf Week haritu, masa bosan bosan dengar talk pasal officer uia tu aku bukakla buku dan baca Hiatus ni kahkah daripada tidur kan.

ending dia memang kau akan jadi macam clueless gila coz there's a lot of things that need to be explained lagi. macam - eh habis camtu je? ha gitu.

benda paling penting yang aku nak mention ialah sebenarnya aku tak faham apa kaitan tajuk buku ni (Hiatus) dengan cerita di dalamnya. mungkin kau kena baca dulu kot pastu boleh eksplen kaitannya dekat aku?

last but not least pesan aku satu jela, kalau kau kuriyes nak tahu cerita hidup mato tu macam mana, baca lah buku ni sebagai permulaan walaupun it's just a piece (very piece i guess) from his life.

so itu saja ok cukup tak semua maklumat ni?
kahkah selamat membaca!

3 Comments

  1. Terima kasih atas review buku Hiatus. Dapatkan buku terbaru kak Iman di imanshoppe.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis , Apa nama budak tomato dalam buku Hiatus ni sis ?

    ReplyDelete