Terima Kasih, Persatuan Belia Harmoni
poin pertama,
percayalah cakap aku.
aku dah berusaha fikir tajuk apa yang sesuai untuk diletakkan selain tajuk yang terlalu obvious di atas. tapi melihatkan konten post kali ini, lima perkataan itu adalah konklusi kepada manifestasi isi hati aku yang tidak terungkapkan pada orang, kerana aku sendiri tidak menjumpai orang yang tepat untuk ucapkan terima kasih untuk ini.
oleh kerana itu hari ini, aku buat keputusan untuk hebohkan kegembiraan ini kepada orang ramai!
sebenarnya kelakar untuk aku menulis tentang ini sekarang dan kalau nak diikutkan aku belum layak lagi untuk bercerita banyak perkara tentang Harmoni. tapi itulah tu, kalini aku bukan sejatinya nak bercerita tentang Harmoni, maka isu kelayakan itu kita tolak tepi.
hari ini kita nak bercerita tentang kehadiran Harmoni dalam hidup aku - yang menjadikan seorang Dayana berumur 20 tahun hari ini tidak sama lagi dengan seorang Dayana berumur 19 tahun dahulu.
dua umur berbeza yang membawa kepada worldview berbeza dan peribadi yang berbeza.
saja aku memilih untuk kongsikan tentang ini sekarang, walaupun aku baru saja beberapa bulan menyertai Harmoni secara rasmi. cuma satu yang aku pikirkan, di masa hadapan nanti aku tak akan lagi mempunyai perasaan yang sama dengan apa yang aku rasakan hari ini, saat ini.
sebuah peralihan hidup yang membawa makna dalam diri aku, yang aku ingin catatkan sebagai kenangan, bagaimana aku pernah bermula suatu ketika dahulu.

disclaimer: post ini ditulis bukan berobjektifkan untuk mempromosi Persatuan Belia Harmoni. ini hanyalah sebuah perkongsian ikhlas daripada aku yang teruja untuk bercerita tentang kehidupan yang aku rasa lebih baik daripada sebelumnya.
namun jika kalian akhirnya tertarik untuk menyertai persatuan ini, itu adalah hidayah dan satu hasrat yang perlu diraikan!
***
[target semester pertama yang berjaya dicapai]
tak perlu aku khabarkan secara spesifik apa yang berlaku dan kenapa, aku sendiri tahu yang aku memang perlukan “rehat” ini buat sementara waktu.
semester pertama ini target aku hanyalah untuk bebas menjadi komiti untuk mana mana program, dan fokus kepada Harmoni.
semester ini sebenarnya sejarah dalam hidup aku, bilamana inilah pertama kalinya aku tak menyertai MRC - Mahallah Representative Committee, setelah sepanjang tiga semester keberadaan aku di uia sebelum ini aku mengambil bahagian dalam badan organisasi tersebut.
pecah rekod ok bila mahallah ofis tidak lagi menjadi rumah kedua selepas bilik, cuma masuk MO untuk ambil kunci pada hari pertama daftar dan untuk pulangkan kunci semula sebelum cuti semester. satu pencapaian yang aku kira wajar dibanggakan, kerana rupanya aku boleh juga hidup tanpa MRC. kahkahkah.
pun begitu, aku masih tidak menafikan jasa MRC dalam hidup yang mendidik dan mengajar aku terlalu banyak perkara sepanjang setahun di asasi uia, dari angka sifar hinggalah ke angka yang kini aku yakin ia sangat bernilai untuk aku.
dan benarlah kata orang, sesungguhnya pengalaman adalah guru terbaik buat kita. takbir!
(kembali kepada topik)
nak dijadikan cerita, target semester ini yang berjaya dicapai itu adalah apabila aku berjaya menahan diri daripada menyertai MRC, dan apabila benar benar diberi keizinan oleh Tuhan untuk mengenali dan menyelami Harmoni dengan lebih mendalam seperti yang aku harapkan, which is itu yang aku maksudkan dengan "fokus pada Harmoni" awal awal dulu.
kenapa tiba tiba nak fokus dengan Harmoni?
sebelum ni tak fokus ke? jadi apa sebelum ni?
aku dah menyertai Harmoni sejak semester satu asasi lagi. tapi waktu di asasi, kami (aku dan usrahmates) belum secara rasmi mendaftar sebagai ahli Harmoni. yang macam wajib untuk kami - usrah je lah, dan program program wasilah lain digalakkan untuk pergi (aku tak sure macam mana exactly sistem Harmoni untuk budak budak asasi).
jadinya disebabkan terlalu sibuk dengan komitmen di dalam MRC, banyak lah siri usrah yang aku tak dapat hadir. memang jarang sekali lah jadual mrc dan usrah tak bertembung.
paling power sikit masa semester akhir, hampir separuh (ataupun lebih) siri usrah yang aku tak dapat hadir atas sebab yang sama. kehadiran usrah je pun dah begitu, program wasilah lain memang tak pernahlah aku dapat pergi. sebab tu yang aku kenal dalam Harmoni cumalah naqibah dan ahli usrah aku je haha.
[penghargaan istimewa buat naqibah aku, kak wahidah - yang sangat memahami dengan komitmen aku waktu itu. sentiasa bersangka baik dan memberikan sokongan melalui kata kata semangat kepada aku sampai lah bila dah masuk degree sekalipun. barakallahu fik ♡]
daripada cerita cerita di atas itu lah timbulnya rasa bersalah aku, sebab telah meng-anaktiri-kan Harmoni selama ni. makanya aku pun membuat target untuk menebus “kesalahan” tersebut mulai semester satu degree nanti.
ada lah satu hari aku pernah terfikir juga, dalam banyak banyak pilihan lain yang aku ada masa degree nanti, kenapa aku memilih untuk fokus saja pada Harmoni? sedangkan aku tak tahu pun apa yang menanti dan tersedia untuk aku di hadapan, apa nasib aku dan sebagainya.
tiba tiba rasa macam boleh relate dengan kata kata akhi Azizi Mokhtar dalam ucapan beliau sewaktu di EGM tempoh hari,
"Allah telah membeli dari orang mukmin; diri dan harta mereka. Apa yang Allah beli? Allah beli pilihan kita, pilihan untuk berada di jalan ini, pilihan untuk bersusah payah menegakkan kalimah Allah. Tidak semua orang memilih, tapi kita memilih."
(moga kita benar benar tergolong dalam kelompok “mukminin” yang disebut dalam Qur’an [9:111])
‘ala kulli hal, terima kasih Allah yang menggerakkan hati ini.
***
hari demi hari, aku perlahan lahan mula untuk menyedari perancangan aku untuk sem ini hampir menjadi seperti yang diharapkan.
bermula dengan aku ditawarkan untuk memberi komitmen dalam salah satu jawatankuasa di dalam Harmoni, yang pada mulanya aku takut untuk terima sebab obviously, aku pergi usrah je kot, mana ada pengetahuan lain tentang Harmoni?
banyak hari jugalah aku dalam dilema walaupun aku sudah terima tawaran tersebut. sampailah seorang ahli usrah aku mengingatkan,
"Allah yang pilih enti untuk ini."
baru lah boleh bernafas sikit masa tu haha, sesuatu yang aku ragui pada awalnya dan tak terfikirkan.

dari pengalaman pertama itulah secara asasnya, aku menjadi faham sedikit demi sedikit tentang pergerakan Harmoni (terutama di dalam uia) - apa yang dibawa dan apa yang ingin diberikan kepada masyarakat, khususnya warga kampus.
kadang aku berasa kesal juga kerana seperti terlambat untuk baru mengenali Harmoni - melihatkan orang terdekat aku yang sudah jauh pengetahuan dan penglibatannya di dalam Harmoni. walaupun sebenarnya tak ada lah terlambat pun dan tak perlu kot sampai rasa menyesal haha. #takpernahtakover
apa yang penting adalah hari ini.
cepat atau lambat sesuatu itu bukan dalam urusan kita, kerana waktu yang tepat itu hanya Allah saja yang tahu.
pertama,
kalau dulu, apa yang berada di dalam bayangan aku ketika menyebut perkataan "mahasiswa" hanyalah seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang suatu hari nanti akan berakhir dengan segulung ijazah dalam tangan - hanya takat itu.
kini bila aku membaca buku dan terlihat perkataan "mahasiswa", ia tidak lagi memberikan perasaan yang sama. sebaliknya perkataan tersebut seolah olah mempunyai ruh yang menggugah jiwa aku, memberitahu bahwasanya mahasiswa adalah lebih daripada apa yang aku lihat dan sangkakan selama ini.
peranannya jauh lebih besar daripada itu. dan melalui Harmoni lah, dengan cara caranya tersendiri, aku memiliki kesedaran itu.
ketiga,
aku cuba mudahkan apa adanya hidup ini, dengan menjadikan tagline Harmoni - "Akhlak, Khidmat, Ukhuwah" sebagai salah satu prinsip hidup aku. dalam kebanyakan perkara sebelum aku bertindak, aku akan cuba pastikan ia memenuhi ketiga tiga ciri tersebut ataupun paling kurang, satu ciri daripadanya.
tiga perkataan yang dalam kebanyakan waktu terngiang-ngiang dalam ingatan aku, menjadi panduan untuk berinteraksi dengan alam setiap hari. ini adalah salah satu cara efektif yang aku boleh rekomen kepada semua, dalam cubaan untuk berakhlak dengan akhlak sebenar seorang muslim.

[terima kasih, Harmoni (dan orang-orangnya)]
meraikan ulangtahun kelahiran yang ke-20 baru baru ini, antara perkara terbesar yang aku syukuri dalam kehidupan aku ialah kehadiran Harmoni. yang dengannya, aku menjadi "aku" seperti hari ini.
seperti apa secara spesifik itu, biarlah rahsia.
ringkasnya, Persatuan Belia Harmoni ialah sebuah gerakan tarbiyah dan aktivisme. ia bukan sekadar menjaga ahli dari segi tarbiyahnya, rohaninya, tetapi juga melibatkan pembentukan dan pembinaan jati diri seorang mahasiswa yang sebenar dan sepatutnya.
satu daripada banyak perkara menariknya adalah, bila mana setiap ahli diberikan kebebasan untuk memilih mana mana ruang dan medan sedia ada di dalam Harmoni, yang mereka minati untuk beraktivisme.

pilih saja mana mana kumpulan jk pelaksanaan yang kita berminat untuk menyumbangkan idea dan memberikan khidmat di lapangan tersebut.
pertama,
melalui Harmoni, ia memberikan sentuhan tarbiyah yang sememangnya sudah lama aku rindukan sejak dari tingkatan empat dahulu. tarbiyah ini yang aku kira sangat penting dan sangat dibutuhkan oleh kita kita untuk menjalani kehidupan seharian.
teringatkan kata kata mujahid syeikh mustafa masyhur, yang mana kata kata ini sering saja disebut sebut sewaktu di sekolah dulu, iaitu - "tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah".
masihkah kau ingat?
haha.
semua ini dapat diperolehi daripada usrah dan program program wasilah yang lain, yang mana ia juga menjadi satu bentuk penokohan untuk diri setiap ahli, dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba kepada Allah & dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah — pemimpin kepada diri sendiri dan masyarakat.
kedua,
melalui Harmoni juga, pada nafas yang ke-20 tahun ini aku mula menyedari bahwasanya mahasiswa itu mempunyai tanggungjawab yang penting dan besar kepada masyarakat, bukan sekadar hidupnya untuk diri sendiri, diperhabiskan untuk kuliah, katil, kafe, komputer dan korea semata.
bila dimuhasabahkan kembali dalam “kesibukan” berkhidmat dengan MRC dahulu, aku kini menjadi sedar yang sebenarnya ada kelopongan dalam nilai nilai yang ingin aku terapkan dalam diri, juga yang ingin aku bawakan kepada residents mahallah dahulu.

ini adalah satu contoh bila aku katakan didikan dan asuhan dalam Harmoni itu membawa “worldview” baru dalam kehidupan aku.
next,
kalau dulu, apa yang berada di dalam bayangan aku ketika menyebut perkataan "mahasiswa" hanyalah seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang suatu hari nanti akan berakhir dengan segulung ijazah dalam tangan - hanya takat itu.
kini bila aku membaca buku dan terlihat perkataan "mahasiswa", ia tidak lagi memberikan perasaan yang sama. sebaliknya perkataan tersebut seolah olah mempunyai ruh yang menggugah jiwa aku, memberitahu bahwasanya mahasiswa adalah lebih daripada apa yang aku lihat dan sangkakan selama ini.
peranannya jauh lebih besar daripada itu. dan melalui Harmoni lah, dengan cara caranya tersendiri, aku memiliki kesedaran itu.
ketiga,
aku cuba mudahkan apa adanya hidup ini, dengan menjadikan tagline Harmoni - "Akhlak, Khidmat, Ukhuwah" sebagai salah satu prinsip hidup aku. dalam kebanyakan perkara sebelum aku bertindak, aku akan cuba pastikan ia memenuhi ketiga tiga ciri tersebut ataupun paling kurang, satu ciri daripadanya.
tiga perkataan yang dalam kebanyakan waktu terngiang-ngiang dalam ingatan aku, menjadi panduan untuk berinteraksi dengan alam setiap hari. ini adalah salah satu cara efektif yang aku boleh rekomen kepada semua, dalam cubaan untuk berakhlak dengan akhlak sebenar seorang muslim.
akhir sekali,
suka untuk aku zahirkan kekaguman aku (selain ucapan terima kasih) di atas kesudian senior senior Harmoni untuk membentuk dan membimbing ahli ke arah yang lebih baik dan berkualiti. menyebabkan aku sendiri tak rasa kekok dan malu untuk belajar (walaupun kekadang terasa diri ini begitu loser di samping mereka yang begitu hebat), namun kesungguhan mereka untuk membantu itu yang menjadi semangat aku untuk bergerak dan memulakan langkah pertama.
dan untuk dipertemukan dengan orang orang baik (segala kemuliaan itu datang daripada Allah), aku bersyukur. moga Allah merahmati semuanya, dan moga kita semua thabat di atas jalan ini.
ameen ya Rabb.

0 Comments