Rekomen Buku 7 - Api Tauhid

"Sebahagiannya merasa tahu ke mana arah melangkah. Namun setelah menghabiskan banyak masa, tetap sahaja berada dalam lorong yang gelap."

*** 

korang mungkin dah bosan dengar benda ni tapi biarlah aku ulang lagi sekali. kethiqahan aku pada inche gabbana sekali lagi terbukti apabila dia menyebut satu nama buku tanpa perlu memberi review penuh pun, mata aku berapi-api untuk terus mencari dan membelinya.

sebabnya aku percaya buku yang beliau baca dan sebut itu pastinya bukan buku yang bosan dan tiada makna. kah gila yakin

namun bukan inche gabbanalah satu satunya faktor aku mencari buku ini. sebabnya yang lain adalah kerana penulisnya yang merupakan novelis nombor 1 indonesia, kemudiannya pula kerana kisah Badiuzzaman Said Nursi yang diceritakan di dalam novel ini.

(pandai tak aku kaver keadaan?)

buku ini disebut sewaktu aku pergi dengar talk beliau beberapa bulan yang lepas. beliau menceritakan sedikit bagaimana ibu dan bapa Badiuzzaman Said Nursi disatukan oleh kedua orang tua mereka. okay sebenarnya aku tak berapa ingat apa yang inche gabbana cakap pasal benda ni. aku cuba baca balik notes talk tersebut, tapi yang aku jumpa untuk bahagian ini cumalah "Api Tauhid - Habiburrahman El Shirazy". lewls

so aku tak payah cerita lah ya apa yang beliau cakap? kita move on ok kita move on

maka sejak haritu, bermula lah misi aku mencari buku ini dengan sesungguhnya di merata tempat. namun ketahuilah geng, mencari buku ini tidak semudah mencari buku lain, kerana ianya buku indonesia.

aku gigih benar mencari buku ni tapi tak perlulah aku senaraikan semua usaha aku, makanya aku memilih untuk pendekkan cerita yang sudahpon panjang.

bulan lepas sebelum aku balik KL untuk pergi pesta buku, aku sempat search di google mahupun instagram sekalipon twitter mencari maklumat tentang buku ini, nama penerbit dan sebagainya kot kotlah ada dijual di pesta buku nanti aku boleh cari boothnya.

hasil pencarian mengecewakan makanya aku pun redha. "dari dulu kalau nak beli buku dari indonesia memang susah!", menangis aku dalam hati.

dalam lrt ketika dalam perjalanan menuju pesta buku, aku tiba tiba dapat mesej tentang keberadaan buku Api Tauhid. nak kata tak percaya tapi tak boleh sebab realiti sudah di depan mata. aku pun tak tahu dan tak boleh brain macam mana mereka boleh menjumpakan buku ini, namun aku sangat berterima kasih atas jasa kalian berdua, saudara sekampusku. tak perlu aku sebut namanya mereka sendiri tahu, terima kasih banyak ya temen temen.

jadi dengan sukacitanya mari aku perkenalkan,
inilah dia wajah Api Tauhid yang dicari-cari selama ini.

***

novel Api Tauhid.
tulisan Habiburrahman El Shirazy.
cetakan pertama 2015.
diterbitkan oleh Ar-Risalah Product SDN BHD.
RM22.00


cover depan.
cover belakang.



novel ini tebalnya 3cm (aku serius ukur pakai pembaris) dan total muka suratnya ialah 598, menjadikan ini novel paling tebal yang aku pernah baca.

nak dijadikan cerita sepanjang ramadhan ni, novel inilah yang menjadi teman akrabku selepas kitab suci al-Qur'an. kofff (anggaplah ia sebagai peringatan untuk kita bahawa bulan Ramadhan ini ialah bulan al-Qur'an. nak baca buku lain, letak syarat untuk baca al-Qur'an dulu, kerana yang sepatutnya menjadi rakan karib kita pada bulan ini (dan bulan lain juga) ialah al-Qur'an itu sendiri. takbir!)

memulakan bacaan pada malam 1 Ramadhan, aku akhirnya berjaya menamatkan bacaan buku ini pada siang 8 Ramadhan kurang lebih jam 9.40 pagi.

review kali ni agak panjang sebab aku sibuk je nak cerita semua, jadi aku akan pecahkan kepada dua bahagian. bahagian pertama aku akan review dan ulas novel secara keseluruhan, bahagian dua pulak aku bagi teaser dan sinopsis sikitlah perjalanan novel ni macam mana.

so kalau korang malas nak baca panjang panjang, baca bahagian pertama pun dah cukup aku kira untuk buat korang terpengaruh baca buku ni.

jadi,
mari kita mulakan?


Bahagian I

pertamanya lihat sahaja nama penulis, kita seolah-olah boleh menilai hasil karyanya bagaimana. siapa tidak kenal Habiburrahman, pemilik karya terkenal Ayat-Ayat Cinta?

untuk aku, cerita dalam novel ni menarik, menggugah jiwa dan sangat memberi inspirasi. paling penting, tak membosankan. kau akan sentiasa punya rasa nak tahu apa lagi yang istimewanya tentang watak-watak ini.

cumanya mungkin bagi bukan penggemar sejarah, korang akan bosan sikit bila sampai bab lima. 16 mukasurat berturut-turut menceritakan tentang sejarah, daripada sejarah turki, ke eropah, kemudian kelahiran nabi saw sampailah konstantinopel berjaya ditakluki oleh Sultan Muhammad Al-fateh.

aku hampir give up, ingat nak skip je part ni. tapi bila fikir balik, apa sebabnya aku membaca kalau begitu? untuk ilmu atau sekadar untuk hiburan? makanya aku pun mencelikkan mata kembali, memahami sejarah itu satu persatu. (lepastu terus tido)

keduanya, aku yakin dengan sahaja melihat kulit buku, korang mesti ingat ia 100% menceritakan tentang Badiuzzaman Said Nursi kan? okay kalau korang tak, aku ya. waktu aku membelek isi kandungan sebelum beli buku ni pun aku masih memikirkan perkara yang sama, sehinggalah buku ini aku baca.

dan oh, rupanya dalam novel ini ada dua cerita. dua latar masa dengan watak-watak yang berbeza. kedua-dua cerita mengandungi keistimewaannya yang tersendiri, pasti ada sesuatu yang kau akan belajar daripadanya.

Api Tauhid ini bagi aku, sangat menarik dan sarat dengan inspirasi. kesemua watak utama dalam novel ini memainkan peranan yang luar biasa, aku banyak belajar daripada mereka, dua sosok yang diberi nama Fahmi dan Badiuzzaman Said Nursi.

dari segi bahasanya (bukan literal meaningnya ok geng, yang aku maksudkan ialah language), membaca buku ini tak terasa seperti baca buku indonesia pun. bahasa yang digunakan macam bahasa melayu juga, mudah untuk faham.

aku pernah baca buku-buku indonesia sebelum ni, dan semuanya pakai bahasa indonesia yang sangat mantap, mesti ada bahagian yang aku tak berapa nak faham konteks ayatnya.

inshaAllah tak akan ada masalah pemahaman ketika membaca. kadang aku cuma tersedar yang aku tengah baca novel indonesia pun bila keluar dialog macam "kamu hafal ya puisi-puisinya Rumi?" gitu lorh.

secara mudahnya,
novel ini ialah novel sejarah. novel ini ialah novel cinta.
cinta Allah, cinta ilmu dan cinta manusia.

untuk yang nak tahu sejarah dan kisah Badiuzzaman Said Nursi, sebagai permulaan aku cadangkan korang baca buku ni. it's just good and nice. totally recommended!


Bahagian II

"Cinta yang berakar dari kesucian, akan selalu menghadirkan keberkatan."

novel ini bermula dengan kisah seorang pemuda dari sebuah kampung di indonesia bernama Fahmi. masa belajar di pondok, dia dapat peluang menyambung pelajaran ke universiti di madinah.

Fahmi ni pemuda yang soleh. dia mencintai bangsa dan negaranya, lebih lebih lagi kampungnya. bagi Fahmi kampungnya ialah syurga. ibu bapanya syurga, pemandangannya syurga, suasananya juga syurga.

masa balik cuti, Fahmi dikahwinkan dengan anak ulamak di kampungnya, Nuzula. bukan dia yang mahu pada awalnya, namun atas saranan ibu bapa kecintaannya dan ini merupakan satu penghormatan mendapat lamaran dari ulamak terkenal di kampungnya. Fahmi ini orang yang sangat menjaga, buktinya Nuzula itulah wanita pertama yang dia cintai, itu pun selepas halal diakadnikahkan.

daripada cerita Fahmi ini, kalian akan melihat bukti bahawa benarlah cinta yang dibaluti kesucian itu pasti akan hadir keindahan bersamanya sekaligus membawa keberkatan. Allah tak akan mensia-siakan usahamu menjaga kehormatan dan maruahmu selama ini!

dipendekkan cerita, masa dia kembali ke madinah untuk belajar, mertua Fahmi datang, menyuruhnya untuk menceraikan Nuzula. katanya demi kebaikan dan masa depan yang baik untuk Fahmi, maka ceraikanlah.

Fahmi seolah-olah kehilangan separuh jiwanya.

dia sangat menghormati mertuanya. pun begitu, dia merasakan bahawa tak layak untuk dinilai perkahwinan itu baik atau tidak untuknya sebab dia belum pun buktikan lagi as mereka belum pernah hidup bersama, lepas akad nikah terus pisah (syarat kahwin mereka, hanya boleh tinggal bersama selepas keduanya habis belajar. perkahwinan pun dirahsiakan dulu, cukup akad nikah sahaja).

kerana sesungguhnya ini tindakan yang tidak adil, makanya dia rasa diperlecehkan.

disebabkan peristiwa ini, Fahmi buat keputusan untuk khatam hafalan al-Qur'annya sebanyak 41 kali sambil iktikaf di masjid nabawi. dia memilih untuk melawan kesedihannya dengan hafalan al-Qur'an, dia ingin mengadukan semuanya kepada Tuhan seperti yang disebut dalam surah Yusuf

"..maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)." [12:18]
"hanya kepada Allah aku mengadu kesusahan dan kesedihanku." [12:86]

belum sempat pun dia khatam 41 kali, sesuatu telah terjadi kepada Fahmi. dipendekkan cerita lepas berbincang dengan housemates, Hamzah ajak Fahmi ikut dia balik ke negaranya iaitu Turki, berjalan-jalan sambil nanti dia ceritakan sejarah hidup Badiuzzaman Said Nursi.

Fahmi pun bersetuju.

dengan harapan, mempelajari tentang orang soleh dan ulamak keajaiban zaman itu akan dapat merawat hatinya yang sedang sedih tersakiti. agar dapat menenangkan jiwanya! ah, sampai hati Nuzula?


"Keindahan sejarah itu tiada bandingnya. Kerana salah satu isi al-Quran adalah sejarah Nabi dan umat terdahulu, agar kita menyelami lautan hikmah dalam keindahan."


aku pernah baca novel tentang Badiuzzaman Said Nursi sebelum ni, tapi cuma separuh jalan kemudian aku berhenti. mungkin kerana penceritaannya kurang menarik, menjadikan aku bosan dan memilih untuk tidak teruskan.

makanya, aku sangat berterima kasih atas kelahiran buku Api Tauhid ini, sungguh. ia menceritakan kehidupan sosok keajaiban zaman, Said Nursi, dari sejak beliau belum lahir, ketika beliau masih bayi hingga lah ke penghujung hidupnya, kecuali tentang kematiannya yang tidak diceritakan.

nak tahu kenapa, kena baca sendiri ya?

Said Nursi ini seorang ulamak yang tersangat hebat (Allah yang menghebatkannya), sehingga dia mendapat gelaran "keajaiban zaman" iaitu "Badiuzzaman" ketika umur masih remaja. mempelajari sejarah hidupnya sangat menarik dan memang benar, belajar tentang ulamak dan orang soleh itu menyenangkan!

seperti gelarannya, semua tentang Badiuzzaman Said Nursi ialah luar biasa. hidupnya, cara belajarnya, perjuangannya dan impak karyanya terhadap pemerintahan dan rakyat Turki.

namun dalam banyak perkara yang aku belajar daripada kisah Said Nursi, salah satu yang memberi kesan ialah kesungguhan beliau berjaga malam, untuk menghafal ilmu baru dan mengulangkaji apa yang beliau telah pelajari.

biarpun Allah menganugerahi kelebihan yang luar biasa padanya, ingatan yang sangat kuat dan kepetahan berhujah, Badiuzzaman Said Nursi tetap berusaha kuat dan tidak bermalas-malasan dengan kelebihannya!

beliau hebat.
beliau berusaha keras.
aku sangat terpukul mengetahui tentang itu.

walau disumbat ke dalam penjara selama 25 tahun, bukan satu penjara malah berpindah-randah keluar masuk penjara, pelbagai seksaan, semuanya tidak sedikit pun memudarkan api Tauhid dalam jiwanya, dan Said Nursi tak pernah berhenti memperjuangkan tauhid & syariat Allah di Turki walau dengan apa pun caranya!

sangat luar biasa.

bagi aku, cerita Badiuzzaman Said Nursi merupakan salah satu sejarah ulamak yang mesti diketahui oleh kita semua.

masa baca kisah Said Nursi ni lah aku baru faham akan kesungguhan almarhum Ahmad Ammar mempelajari Risalah An-nur, karya agung Said Nursi dan menyalinnya semula dengan tulisan sendiri. Ahmad Ammar juga salah seorang tullabun nur seperti yang lainnya, namun belum sempat pun dia habis menyalin semula Risalah An-nur, dia telah dijemput menghadap ilahi (moga syahid buatnya).

aku jadi terasa nak baca balik semua buku-buku yang menceritakan tentang Ahmad Ammar sebelum ini!


Jika aku boleh meminta untuk masuk lorong waktu dan sampai pada saat-saat perang (Mu'tah) itu, aku memilih namaku tercatat sebagai lelaki yang gugur di medan perang, daripada tercatat sebagai lelaki yang merana kerana seorang perempuan. -Fahmi


di akhir novel ini, ada satu konflik yang terjadi kepada Fahmi dan rakan-rakannya yang ikut sekali bersiar-siar di Turki.

ceritanya sangat menarik tapi susah untuk aku kongsikan di sini. cumanya aku merasakan perlu untuk cerita satu bahagian ini, sewaktu Fahmi dan Aysel diculik penjahat sepanyol.

aku kira mungkin ini klimaks ceritanya.

Fahmi waktu itu sudah cedera parah diseksa dengan sangat kejam, untuk mengakhiri hidupnya mereka melepaskan tiga ekor anjing buas yang kelaparan dah lama tak diberi makan, untuk memakan Fahmi sambil disaksikan oleh Aysel yang berada dalam tahanan sama, namun terpisah dengan jeriji besi.

Aysel ini wanita Turki, adik susuan Hamzah, antara 6 orang yang mengikuti perjalanan mereka selama ini termasuk Fahmi. apa kaitan dia dengan Fahmi dan penjahat Sepanyol? so yeah sis tak nak bagi spoiler.

jantung aku berdebar tak dapat expect apa nasib Fahmi, adakah memang dia akan dimakan anjing? sebegitu kejam? di waktu yang sangat genting itu, Fahmi berdoa

"ya Allah, aku menghafal kitab suci-Mu semata-mata demi meraih redha-Mu. jangan Engkau izinkan daging dan darah yang digunakan untuk menghafal kitab suci-Mu ini dimakan anjing, ya Allah. aku mohon demi kehormatan kitab suci-Mu, ya Allah!"

buat pertama kalinya air mata aku menitis untuk novel ini, aku jadi meremang membaca doanya. Fahmi ini watak yang memiliki peribadi yang hebat. yang terjadi selepas itu ialah luar biasa. jari aku bergetar nak cerita semua tapi aku tak nak jugak bagi spoiler.

panjang lagi cerita sebenarnya but to wrap it up, ending dia kau tak boleh expect pun.


***


akhir kata,

tidak ramai yang mengenali sosok ulamak yang hebat sejak remaja ini, kerana itu aku mengajak kalian untuk berkenalan dengannya, melalui Api Tauhid secara permulaan.

jadi apa lagi?
selamat membaca!

0 Comments