A List For A Forgetful Me
ada satu kali dalam tahun ini aku merajuk dengan seorang rakan; merajuk untuk benda kecil, dan rakan aku sendiri tidak tahu tentang perkara ini. i wish to confront but thank God i didnt? haha. aku hanya optimis, pasti ada sebab kenapa sekian sekian berlaku, i shall let it go as time passes.
dan benarlah kalau "sabar itu juga sebahagian daripada kebenaran"? aha.
satu hari tiba tiba aku teringat satu peristiwa. memang betul betul tetiba memori itu datang menjengah ke dalam fikiran; tentang satu kebaikan yang dia lakukan pada aku sewaktu kami musafir ke kedah akhir tahun lepas.
sesuatu yang sangat jarang dilakukan oleh rakan rakan aku yang lain (aku lebih prefer untuk mereka tidak melakukannya atas sebab takut menyusahkan), tapi tanpa aku minta dia memilih untuk lakukan itu.
kalau ikutkan dalam memori aku, belum ada lagi rakan yang boleh lakukannya dengan sabar tanpa komplen; dia yang pertama mungkin.
satu perkara yang aku kira boleh masuk dalam kategori "nak tahu kawan sebenar tengok siapa yang ada waktu kita susah". haha ewah emotional.
teringatkan kebaikannya yang satu itu terus terhapus segala kesedihan di dalam hati; rasa bersalah pun ada sebab haritu aku tak beri a proper birthday wish padanya sebagaimana aku selalu lakukan pada orang lain. satu kebaikan yang dia sendiri tak tahu kalau aku sangat terharu dan gembira tentangnya cuma sayang, aku lewat untuk mengingati dan menghargai.
sejak hari itu, aku terfikir untuk buat satu senarai;
"Senarai Orang Berjasa"
senarai ini adalah senarai kedua yang aku pahatkan dalam planner 2020,
selepas "2020 Small Happiness List"
selepas "2020 Small Happiness List"
kontennya simple saja: yang ditulis hanya namanya dan perbuatannya yang dilakukan yang memberi impak besar/kecil ke dalam hidup ini. kecil seperti "teman pergi dapur waktu malam malam buta" atau besar seperti "ajar cemana nak tukar tayar kereta". impak pada kebahagiaan atau pembesaran; apa sahaja yang dilakukan secara direct atau indirect. indirect ni agak interesting dan rare, sebab kita menyedari kebaikannya pada kita melalui pengkhabaran orang lain pada kita. atau kata lain, dia tak tahu kalau kita tahu?
membuat senarai ini juga satu small happiness bagi aku. nampak macam tak ada kerja je dia ni haha aku kira kebahagiaan kita berbeza beza. senarai ini penting (sekurang-kurangnya untuk aku sendiri) untuk mengingati dan mengenang jasa orang orang yang hadir memberi makna di dalam hidup ini.
membuat senarai ini juga satu small happiness bagi aku. nampak macam tak ada kerja je dia ni haha aku kira kebahagiaan kita berbeza beza. senarai ini penting (sekurang-kurangnya untuk aku sendiri) untuk mengingati dan mengenang jasa orang orang yang hadir memberi makna di dalam hidup ini.
biarpun pasti ada banyak kebaikan lain yang tidak tercatat, aku titipkan pada Allah saja untuk terus membalasinya dengan sebaik sebaik balasan.
tapi tak apa lah sekurang kurangnya senarai ini ada,
untuk aku yang pelupa,
dan semoga aku lebih belajar untuk menghargai.
mungkin untuk simpanan jangka masa panjang, buat senarai atas talian lebih baik contohnya buat di google docs. tapi takpa let's go traditional kerana bagi aku menulis di atas kertas ini memberi nilai sentimental yang berbeza.
akhir kata,
teruslah berbuat baik pada orang sebab kita tak tahu seberapa besar kesan nya ke atas mereka. it may seem small to us, but valuable towards others.
terima kasih kepada semua yang pernah hadir memberikan pengajaran.
dan untuk kamu yang tidak mendapatkan "hak"nya dahulu,
selamat hari jadi.
:)
dan untuk kamu yang tidak mendapatkan "hak"nya dahulu,
selamat hari jadi.
:)
0 Comments