Rekomen Buku 2 - Akhi


Tiada yang lebih aku berterima kasih melainkan diberi peluang oleh Allah untuk menyayangi seorang insan sepertimu. Dan tiada apa yang buatkan aku lebih gembira melainkan mengetahui bahawa hubungan persaudaraan kita lebih pekat dan kuat daripada hubungan darah.

***

so antara 10 buku yang aku beli kat PBAKL dua hari lepas, aku memilih untuk baca novel sulung daripada inche gabbana dulu. since aku rasa dah lama tak baca tulisan beliau kini aku kuriyes dan tertanya tanya juga dengan yang ini.

bila aku tengok balik dua buku terbaru tulisan inche gabbana yang aku beli dua hari lepas, tak sangka jugak sebegini sekali tsiqah aku terhadap IG sampai tak ada satu buku dia pun yang aku tak beli LOL.

aku rasa buku ni tak asing dah bagi followers instagram aku sebab semalam je dua kali aku post pasal buku ni. dan untuk yang dm dan tanya buku ni tentang apa, jemput lah baca sampai habis. aku buat review ni untuk korang. (amboi)

***

novel Akhi.
tulisan Inche Gabbana.
cetakan pertama april 2017 (baru lagi gais).
terbitan Muassis Publication.
RM20 (aku beli kat booth Hijrah Indie and dapat harga promo RM18).

kaver depan.

kaver belakang.

first first aku tengok inche gabbana post pasal novel ni sebelum pbakl lagi aku dah plan nak beli. tengok cover nampak best. bila kata novel sulung inche gabbana lagi lah kan?

basically novel ni cerita tentang persahabatan dua orang ikhwah - Mikail dan Masykur. dieorg dua ni kawan baik dan sayang menyayangi antara satu sama lain kerana Allah. kalau bergaduh pun senang berbaik. nak bermain kasar pun tak sampai hati!

dan ofkos persahabatan ni bila cerita tentang ukhuwah yang berpaksikan keimanan dan "ana sayang anta kerana Allah", feel dia lain dan tak sama  dengan tipikal persahabatan yang wujud dalam dunia ni. lelagi kalau kau sendiri alami ukhuwah fillah tu, kau akan faham rasa dia macam mana. indescribable feeling camtuha.

kau kawan dengan seseorang VS kau kawan seseorang dan kau cinta & sayang dia kerana Allah tu serius beza rasa dia.

sebelum baca tu aku tak plan pun nak nangis ke apa since aku pun tak expect ending cerita ni macam mana. tapi itulah aku memang jenis yang akan tewas dengan bab bab macamni (tak nak sebut apa dia nanti spoil pulak). plus bila baca tu kau bayangkan tu kau sendiri dengan kawan kau. sampai bab akhir tu memang nangis. korang kalau nak baca kena ready tisu atau pakai baju lengan panjang untuk lap air mata. kesat pakai jari je tak cukup. ending dia sedih gila pls.

one thing yang best dalam novel ni is ada satu part yang Masykur share satu hadis dengan Mikail. namanya 'hadis Super Saiya'. kalau korang dah biasa baca penulisan inche gabbana, istilah 'sekolah bintang' dan 'super saiya' tu konfem bukan benda asing lagi untuk korang and yes, dalam novel ni ada lagi istilah tu LOL. sebelum ni aku tak pernah dengar lagi hadis tu and ofkos, got goosebump gakla and teruja pun ada. kuriyes en hadith apa? kena bacalah kalau nak tahu.

cuma ada satu benda yang aku kuriyes gak la bila baca novel ni which is aku tertanya tanya memang wujud ke persahabatan yang akrab macam ni between lelaki? tak terbayang oleh akal aku. sometimes cheesy gak tahap semut pun boleh syahid Lol (ok #hiperbolachecked)

daripada 5, aku rate 4.5 untuk novel ni. total mukasurat dia ada 166. sebelum tidur tu kalau baca satu malam pun boleh habis. and sesuaila buku ni kalau korang nak baca masa tengah menunggu atau kat tempat yang serabut kat sekeliling, since isi dia tak berat and senang masuk. sedar tak sedar korang dah tenggelam dalam cerita Mik dan Kur ni.

so kat mana nak beli?
boleh beli kat PBAKL yang dibuka sampai ahad ni. kalau tak sempat nak pegi, boleh beli online.

recommended.

tahniah inche gabbana atas penghasilan novel sulung!


***

nota tambahan ;

aku rasa kalau Akhi ni dibuat movie, OST yang paling sesuai ialah lagu Rabithah - Andai Aku Mati. serius sesuai,kebetulan. aku dengar lagu tu pasni memang bayangkan Mikail nyanyi untuk Masykur je la. (kalau nak try dengar boleh cari kat spotify).

0 Comments