Rekomen Buku 4 - Anak Malaya di Republik Turki

"Peluang yang ada itu rezeki, maka gunakanlah ia dengan sebaiknya. Tetapi tidak semua peluang itu datang dengan sendirinya melainkan aku sendiri yang berusaha untuk mendapatkannya."

***

buku ini antara 12 buku yang aku beli kat PBAKL haritu. cerita dia masa tu pegi booth Ilham Books sebab nak beli buku yang abah pesan, pastu jurujual tu kata kalau beli tiga buku, dapat discount. jadinya mata aku pun melilau mencari buku yang lain.

sampaila mata aku berhenti pada satu buku ni yang disusun di tengah tengah dan depan sekali atas rak. macam buku ni jadi highlight je? ke aku je yang perasan?

sebab pertama buku ni jadi perhatian aku adalah kerana perkataan Turki yang tertera pada tajuk buku. sis memang takleh rasis dengan benda benda yang related dengan Turki. makanya lepas belek depan dan belakang serta isi kandungan buku, aku pun bawa ke kaunter cashier untuk bayar.

oh ya tiga buku tu termasuk buku abah, buku aku dan buku kak jannah. aku dan kak jannah beli buku yang sama. time nak bayar sekali tu sempat jugak la aku bergurau kenapa kak jannah tiru ana beli buku ni?

***

Anak Malaya di Republik Turki.
tulisan Thaqib Shaker.
cetakan pertama 2017.
terbitan Ilham Books.
RM25.

kaver depan.

kaver belakang.

seperti tajuk buku, basically buku ni cerita tentang kehidupan seorang pelajar Malaysia di Turki. banyak kan buku buku yang cerita pengalaman belajar kat negara asing? tapi yang ni lain gais.

dan yang menjadikan buku ni lain daripada lain is sebab penulis dia yang jenis aktif dan suka mencuba untuk cari pengalaman. so daripada situ korang dah boleh bayang la kan betapa banyak benda yang dia dah buat kat negara orang? kuriyes kan?

pengalaman-pengalaman yang dikongsikan serius menarik dan menginspirasikan. mata korang mesti bersinar sinar jugak macam aku pastu hati pulak berkobar-kobar nak fly ke Turki sekarang jugak.

dia punya semangat patriotik tu en sampai mana mana dia pegi kat Turki tu dia mesti cerita tentang kehebatan dan keseronokan Malaysia. and yes responds yang dia dapat daripada turkish tu no jokes gais aku yang baca macam proud sangat tah kenapa. in other words aku boleh cakap dia ni macam duta kecil Malaysia di Turki camtuha.

aku paling suka part pakcik Turki yang frame-kan bendera Malaysia pastu gantung kat kedai dia nak tunjuk betapa sukanya dia dengan Malaysia. kool gila kan? banyak lagi benda best sebenarnya tapi aku tak nak la cerita semua kat sini nanti jadi spoiler pula.

jujur aku cakap, buku ni secara tak langsung bagi aku inspirasi dan motivasi untuk jadikan hari hari aku lebih produktif lagi lagi bila masuk ipt. tak payah cerita nanti di ipt, sekarang pun ye. since masa masa muda ni la banyak benda kita boleh buat.

semangat anak muda kan no jokes? jadi amatlah rugi kalau kita bazirkan semangat kita untuk benda benda yang tak membawa kepada pembinaan diri dan masyarakat. ambil Thaqib Shaker ini sebagai contoh.

so suprisingly aku bagi rate 5/5. gempak kan? korang kena baca tau at least dapatlah merasa macam kau yang belajar dan merantau kat Turki. and jujur aku cakap sekarang ni keinginan aku dari darjah lima untuk jejak kaki di bumi Turki makin membuak-buak lepas baca buku ni.

moga ada rezeki!

oh lupa jugak nak cakap, hampir separuh daripada bab akhir buku ni penulis cerita pasal kerja beliau dan rakan rakan untuk bantu pelarian Syria kat Turki. and yes, beliau juga seperti Musa Nuwayri yang aku pernah cerita dalam review buku sebelum ni.

mereka berdua ialah orang yang hebat dan aktiviti serta pengalaman hidup keduanya bagi inspirasi dan motivasi untuk aku.

so apalagi gais, kalau terjumpa kat mana mana kedai buku jangan tak beli pulak. aku berani cakap korang rugi kalau nampak tapi tak beli!

1 Comments